Pelajar yang terjejas di negeri terlibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah bagi pembukaan persekolahan selepas Cuti Penggal 2 Sesi 2025/2026.
00:00Pelajar yang terjejas di negeri terlibat banjir diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah bagi pembukaan persekolahan selepas cuti penggal 2 sesi 2025-2026.
00:12Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dalam satu kenyataan berkata selain itu, bagi murid terkandas dan tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh mengikuti proses pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR.
00:23Susulan banjir yang melanda kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sekolah terjejas sedang diperkiat sebagai persediaan pembukaan sekolah selepas cuti penggal 2 itu.
00:36Pada masa sama KPM berkata pihaknya turut menyediakan pelbagai bantuan kepada murid termasuk penyediaan bahan pembelajaran serta sokongan psikososial dan emosi.
00:46KPM meminta ibu bapa, penjaga murid, guru, pegawai dan anggota kumpulan pelaksana yang terjejas untuk memaklumkan situasi masing-masing kepada pihak sekolah atau jabatan berkaitan.
00:59Sementara pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah pula diminta untuk mendapatkan maklumat terkini situasi banjir daripada Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Agensi Berkenaan.
01:12Sehingga jam 8 pagi Jumaat, sebanyak 69 buah sekolah di Sabah dan Sarawak terjejas banjir.
01:19Ia melibatkan 33 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah di Sabah, manakala di Sarawak meliputi 28 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah.
01:30Selain itu, sebanyak 7 pusat pemindahan sementara PPS di premis Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan di Negeri Sabah turut beroperasi.
Be the first to comment