00:00Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap dua undang-undang maritim yang diluluskan Filipina pada 2024 kerana ia menyentuh hal ehwal dan hak kedaulatan bidang kuasa serta kepentingan negara ini.
00:13Menteri Luar, Datuk Seri Muhammad Hassan berkata dua undang-undang berkenaan ialah Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina.
00:22Muhammad menegaskan Malaysia akan terus mempertahankan hak kedaulatan dan kepentingan negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979 selaras Prinsip Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982.
00:37Beliau berkata Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa termasuk menerusi laporan suruhan jaya Code Bolt yang menyatakan lebih 2 per 3 rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia pada 1963.
00:52Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengenai tindakan kerajaan menidakkan langkah Filipina meluluskan dua undang-undang maritim yang menuntut dan menganggap sebahagian besar kawasan pahiran serta pelantar benua Sabah sebagai wilayah Filipina.
01:07Pada 7 November 2024, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. menandatangani dua undang-undang berkenaan bagi tujuan pelaksanaan satu laluan oleh kerajaan Filipina terhadap kapal serta pesawat negara asing selain mengisytiharkan zon maritim negara itu didakwa berada dalam bidang kuasa mereka.
01:26Terima kasih telah menonton!
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments