00:00Empat pegawai awam termasuk dua pekerja syarikat swasta ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM pada selasa berhubung siasatan terhadap tuntutan palsu berkaitan pembelian tiket penerbangan bernilai 1.3 juta ringgit.
00:16Menurut SPRM, empat pegawai awam berkenaan adalah daripada sebuah badan berkanun, manakala dua lagi pekerja sebuah syarikat agensi pelancongan.
00:24Siasatan awam mendapati syarikat pelancongan berkenaan tidak menyediakan tiket sebenar kepada pegawai dan kakitangan jabatan terbabit.
00:32Mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Sabah.
00:38Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad B. Basrah, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan mengemukakan dokumen palsu.
00:52Tambahnya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Magistrik Kota Kinabalu pada selasa bagi membolehkan sasatan lanjut diteruskan.
00:59Sementara itu, Datuk Mohd Fuad turut memaklumkan beberapa siri tangkapan tambahan dijangka dilakukan berdasarkan perkembangan sasatan semasa.
Comments