Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
Ayam Lemon Versi Ringkas Tapi Rasa Tetap Mewah!

Jika anda gemar rasa masakan ala Chinese-style, resipi Ayam Lemon ini pasti menepati selera. Kuahnya yang sedikit pekat dengan aroma lemon yang menyegarkan sesuai untuk jadi hidangan keluarga.

AYAM LEMON
Bahan-bahan
2 dada ayam-bersihkan dan keringkan

Bahan perap
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur

Bahan salut-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos
2 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
Minyak secukupnya

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #resipirasa #ingatmakaningatrasa #resipimudah #resipiviral #AyamLemonSedap #ayamlemon #ResipiRingkas #IdeaMasakan
Transcript
00:00Hari ni akak nak masak ayam lemon. Kau pernah makan tak muas?
00:03Hah? Ayam lemon? Tak pernah. Macam mana nak buat?
00:05Haa, jom lah kita buat.
00:06Isi ayam ni, potong tender ke macam mana ke suka hatilah.
00:10Lepas tu perap dengan bahan-bahan ni kacau sebati.
00:13Berapa lama nak kena perap ni?
00:15Haa, kalau perap lagi lama, lagi bagus sebenarnya.
00:17Oh, ni kita nak buat apa kak?
00:18Kemudian buat campuran untuk salutan pula.
00:21Pakai breadcrumb dengan tepung gandum biasa.
00:24Oh, macam buat ayam goreng crispy kan ni?
00:26Haa, macam tu lah juga. Betul lah tu.
00:28Dah salut cantik, bolehlah goreng dalam minyak panas.
00:31Tapi api jangan kuat sangat.
00:32Dah golden brown macam ni, bolehlah kita angkat.
00:35Toskan dan ketepikan dulu.
00:37Oh, ada lagi ke nak kena buat?
00:38Ada lagi nak kena buat kuahnya pula.
00:40Oh, kuahnya pun ada.
00:42Haa, ni bahan-bahan dia. Termasuklah sos plump.
00:45Sos plump eh?
00:46Haa, sos plump.
00:47Letak juga tepung jagung.
00:49Kemudian kacau-kacau.
00:50Macam biasa lah kacau-kacau.
00:51Api kena kuat ke? Slow-slow macam tak ni je.
00:53Slow je tak payah sangat.
00:55Oh, patutlah dia tak berasam.
00:56Haa, air pun secukupnya tau.
00:58Barulah ada berkuah sikit.
01:00Macam biasa, kita kan suka pedas.
01:01Haa, letak sini padi ke kan?
01:03Haa, letak sini padi.
01:04Dan juga lemon.
01:05Ini saya lemon dah katanya ayam lemon.
01:07Wow, sesetap kek ayam lemon ni?
01:10Haa, kacau-kacau sebati.
01:11Dah siap.
01:12Boleh makan dengan nasi panas.
01:14Memang sedap.
01:15Saya nak kena try.
01:15Saya nak kena try.
01:16Haa, try, try.
01:17Ingat makan, ingat rasa.
01:18Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended