There is no oversupply of property in Kuala Lumpur and there will be no moratorium on residential projects in the city, says Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
In a reply to a question from Benton MP Young Syefura Othman, the FT Minister said the notion of an oversupply of property in Kuala Lumpur is not entirely accurate, as there was a 10.3% decrease in unsold properties compared to previous years.
00:00Minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang meletakkan moratorium ke atas projek kediaman di Kuala Lumpur memandangkan laporan Jabatan Perangkaan menyebut Bandaraya ini akan mencapai tahap kemuncak penduduk pada 2031 iaitu 28 tahun lebih awal daripada unjuran nasional.
00:20Terima kasih.
00:21Dipersilakan Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
00:26Terima kasih, Andi Pertua.
00:27Untuk makluman ahli yang berhormat, pada tahun 2031 selain daripada menjadi bandar dengan kemuncak penduduk, Kuala Lumpur juga akan menjadi kawasan paling awal memasuki fasa masyarakat menua.
00:40Sebenarnya, laporan yang dirujuk oleh ahli yang berhormat sebenarnya menunjukkan terdapatnya keperluan berdesta untuk menilai semula keseimbangan antara pembangunan fizikal dan daya tampung bandar terutamanya dari segi kepasti infrastruktur perumahan mampu milik, kemampuan alam sekitar dan juga kualiti hidup penduduk.
00:59Dalam hal ini, pandangan yang berhormat bentuk yang merasakan berlakunya lambakan pembangunan bagi kediaman di Kuala Lumpur, ada asasnya tetapi kurang tepat mengambil kira pada penghujung tahun 2024, wilayah Pertuaan Kuala Lumpur mencatat penurunan 10.3% unit tidak terjual berbanding tahun sebelumnya.
01:20Walaubagaimanapun, cadangan moratorium ke atas projek kediaman di Kuala Lumpur mempunyai beberapa implikasi negatif di antaranya.
01:27Pertama, penurunan kepada nilai keluaran dalam negara kasar KDNK Kuala Lumpur yang banyak bergantung kepada sektor pembinaan dan perkhidmatan berkaitan hartanah.
01:37Kedua, pengurangan kutipan hasil Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur ke atas fee berkaitan pembangunan.
01:45Ketiga, harga hartanah dan kadar sewa meningkat dan menyebabkan berlakunya perpindahan keluar penduduk khususnya B40 dan M40 yang di pinggir bandar, ke pinggir bandar.
01:57Hakikatnya, keperluan perumahan di Kuala Lumpur masih ada.
02:00Menjelang tahun 2040, penduduk di Ibi Kota ini diunjur akan mencecah 2.35 juta orang dengan keperluan lebih kurang 783 ribu unit rumah baru.
02:12Atas prinsip penjamin kesimbangan sosial di Kuala Lumpur, daripada jumlah ini 40% rumah yang dibina mestilah mampu milik dan inklusif termasuk untuk warga emas, OKU, belia serta skim sewa bersubsidi bagi golongan berpendapatan rendah.
02:29DBKL juga telah mencadangkan pelaksanaan perancangan bangunan kediaman yang lebih bersahsa dengan menekankan zon guna tanah dan tahap intensiti pembangunan termasuk di kawasan TPZ, iaitu dengan izin Transit Planning Zone dan TIZ iaitu Transit Influence Zone,
02:50seperti mana yang digariskan dalam Plan Tempatan Kuala Lumpur PTKL 2040.
02:55Melalui pendekatan ini, setiap pembangunan dapat diselaraskan mengikut kapasiti, fungsi dan juga peranan kawasan sekaligus menyanggah keperluan melaksanakan moratorium.
03:05Seterusnya, DBKL turut melaksanakan kawalan pembangunan berpandukan data, iaitu data driven development control dan juga data tampung kawasan ataupun capacity based planning,
03:16iaitu kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan moratorium.
03:20Pendekatan ini memastikan pertumbuhan bandar terkawal dan mampan dengan menggalakkan pembangunan semula berorientasikan transit ataupun TOD di lokasi yang strategik,
03:32mengawal peluasan bandar secara mendata, iaitu urban sprawl, serta menilai kapasiti infrastruktur dan kemudahan awam secara berterusan.
03:40Untuk tujuan ini, DBKL sedang memperkukuhkan pemantauan melalui platform digital dan sistem maklumat geospatial bagi meningkatkan kecekapan kawalan pembangunan.
03:50Dalam mengawal kesimbangan antara penawaran kediaman dan juga pembangunan infrastruktur yang berhormat,
03:56kerajaan menerapkan konsep madani dengan memastikan kemudahan jalan raya, pengangkutan awam, pusat kesihatan, sekolah dibina seiring dengan projek perumahan yang baru.
04:06Pendekatan ini bukan sahaja menjamin keselesaian, malah mengelakkan masalah keselesakan, kekurangan kapasiti sekolah atau kelewatan penyediaan kemudahan asas.
04:16Seiring itu, visi CES yang menjadi panduan Jabatan Raya Setuan juga turut menekankan perancangan bandar secara menyeluruh dengan jaringan infrastruktur,
04:25kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi setempat.
04:28Melalui integrasi ini, pembangunan Kuala Lumpur dapat diselaraskan dengan lebih teratur sekaligus meningkatkan kualiti hidup warga kota.
Be the first to comment