Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Dibangunkan YTL Group dengan kerjasama Sea Limited, Ryt Bank merupakan satu langkah berani ke arah masa depan digital negara, menggabungkan inovasi AI bertaraf dunia dengan nilai, bahasa serta gaya hidup yang membentuk identiti Malaysia.
Transcript
00:00Malaysia hari ini mencatat sejarah dengan pelancaran Right Bank, bank pertama di dunia yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan AI, dibangunkan oleh YTL Group dengan kerjasama C-Limited.
00:13Dilancarkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan, Right Bank direka, khusus untuk rakyat Malaysia dengan menggabungkan inovasi AI terkini bersama nilai, bahasa dan gaya hidup tempatan.
00:23Pengarah urusan YTL Power International, Datuk Seri Yo Siok Hong berkata, pelancaran Right Bank membuktikan kemampuan Malaysia untuk mencipta dan membangunkan inovasi yang setanding dengan piawayan global, namun kekal berpaksikan kepelbagaian budaya negara.
00:41Menurut beliau, menerusi Right Bank, pihaknya telah membangunkan sebuah bank yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia apabila bank tersebut menggunakan bahasa, memahami budaya dan menetapkan penanda aras baru untuk pengalaman perbankan modern berteraskan Malaysia.
00:58Right Bank menawarkan akses dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin sekaligus memastikan perkhidmatan perbankan inklusif untuk semua rakyat Malaysia.
01:06Aplikasi berbilang bahasa itu akan tersedia menjulang September 2025.
01:12Right Bank menampilkan Right AI, pembantu perbankan pintar yang dikuasakan oleh ilmu, model bahasa besar pertama Malaysia.
01:19Ia mampu memahami bahasa Malaysia, Inggeris dan Mangglish, serta bertindak balas terhadap keperluan perbankan harian seperti pembayaran bil, pemindahan wang dan pendidikan keuangan.
01:29Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk perbankan peribadi pintar di mana Right AI mempelajari keutamaan dan tabiat pengguna, membolehkan transaksi lebih intuitif termasuk pindahan duit now, pembayaran jompe, serta tip keuangan segera.
01:43Selain itu, melalui simpanan, pelanggan boleh menikmati kadar faedah sehingga 4% setahun yang dikreditkan setiap hari tanpa tempoh penguncian.
01:52Melalui Right Pay Later, kredit segera sehingga RM1,499 tanpa faedah jika dibayar penuh dalam bulan pertama, selain pulangan tunai untuk transaksi duit now QR dan pembelian bersama rakan ekosistem terpilih.
02:06Selain itu, kad debit dan kredit Right Visa mempunyai pelbagai fungsi dengan pulangan tunai tanpa had 1.2% untuk perbelanjaan luar negara tanpa caj transaksi asing, pengeluaran ATM percuma di seluruh negara, serta ganjaran eksklusif bersama rakan kerjasama seperti Shopee dan YTL Hotels.
02:25Right Bank beroperasi dengan lesen rasmi daripada Bank Negara Malaysia, manakala deposit pelanggan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, PIDM, sehingga RM250 bagi setiap pendeposit.
02:38Antara ciri keselamatan termasuk log masuk biometrik, penyulitan berlapis dan amaran penipuan masih nyata.
02:44Aplikasi bank itu kini boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.
Comments

Recommended