Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berikrar akan menandatangani satu perintah eksekutif bagi menamatkan penggunaan undi pos dan mesin pengundian sebelum pilihan raya pertengahan penggal 2026.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berikrar akan menandatangani satu perintah eksekutif bagi menamatkan penggunaan undi pos dan mesin pengundian sebelum pilihan raya pertengahan penggal 2026.
00:13Tindakan Trump itu dijangka mencetuskan cabaran undang-undang daripada beberapa negeri.
00:19Dalam hantaran di media sosial, Trump menulis beliau akan mengetuai gerakan menghapuskan undi pos dan juga mesin pengundian yang sangat tidak tepat, mahal serta kontroversi.
00:28Bercakap di White House, Trump menegaskan Parti Republikan perlu menyokong lengkap ini sekiranya mahu mengekalkan kuasa sambil maklumkan draft perintah eksekutif sedang disediakan.
00:38Trump yang masih mendakwa beliau menang pilihan raya Presiden 2020 berulang kali meragui keselamatan undi pos walaupun bukti penipuan hampir tiada.
00:46Beliau turut menolak penggunaan mesin pengundian elektronik dan mendesak agar semua undi dibuat melalui kertas undi dan kiraan manual,
00:52iaitu kaedah yang dikatakan pegawai pilihan raya lebih lambat, mahal dan kurang tepat.
00:56Pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November 2026 akan menjadi ujian pertama terhadap dasar domestik dan luar negara Trump sejak kembali berkuasa Januari lalu.
01:06Parti Demokrat dijangka berusaha memucahkan dominasi Republikan di Dewan Perwakilan dan Senat untuk menyekat agenda Presiden itu.
01:13Walaupun begitu, terdapat perjagaan dalam kalangan Republikan sendiri.
01:16Florida sebagai contoh mengiktiraf undi pos sebagai kaedah selamat dan mudah, manakala Trump sendiri pernah menggunakan undi pos dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.
01:24Menurut seorang jaya bantuan pilihan raya AS, undi pos mencapai jumlah tertinggi pada 2020 ketika pandemik COVID-19,
01:32namun menurun pada 2024 apabila lebih 2 atau 3 pengundi memilih untuk hadir mengundi secara fizikal.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended