Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Bukit Tabur, telah ditamatkan pada jam 6 petang, Selasa.
Transcript
00:00Operasi mencari dan menyelamat SAR lelaki orang kurang upaya OKU yang dilaporkan hilang di Bukit Tabur ditamatkan pada jam 6 petang selasa.
00:09Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azam Ismail berkata, keputusan menamatkan operasi itu dibuat selepas tiada petunjuk baharu ditemui di kawasan pencarian.
00:19Menurutnya operasi SAR melibatkan penyertaan kira-kira 80 anggota termasuk daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan dua pelatun pasukan gerakan AMPGA dari Semenyih dan Simpang Renggam.
00:35Pasukan PGA Ceras sudah teroka jauh ke dalam hutan anggaran radius 8 km lebih luas sejak selasa.
00:42Operasi turut dibantu Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Hulu Langat, Sukarelawan serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO.
00:51Menurut Muhammad Azam, setakat ini juga tiada sebarang petunjuk baru ditemui di lokasi kejadian dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa pergi ke lokasi lain.
01:00Terdawal balai polis Taman Melawati menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.04 tengah hari kemarin daripada seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun.
01:10Jumaat lalu, pengadu menghantar anaknya Nur Hafsyam Nazri 43 ke kampung warisan Taman Melawati untuk berehat kira-kira jam 2.30 petang.
01:21Dia kemudian mendapati anaknya masih belum pulang ke rumah sekitar jam 9.30 malam sebelum dia pergi ke kampung warisan untuk mencari mangsa, namun tidak dijumpai.
Comments

Recommended