00:00Agensi Antidadah Kebangsaan AADK memperkenalkan pendekatan lebih agresif dan menyeluruh
00:05menerusi kempen Jeraya Wara Squad Antidadah Dua Roda
00:09sempena Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah JABD 2026.
00:14Inisiatif tersebut bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah di peringkat akar umbi.
00:20Ketua Perkaranya Datuk Ruslin Jusoh berkata pendekatan turun padang itu
00:24dilaksanakan untuk memperhebat sinergi bersama komuniti
00:27dengan memberi fokus kepada pelindungan institusi keluarga serta masyarakat luar bandar.
00:36Menurut Ruslin, pendekatan baru itu mencerminkan anjakan paradigma
00:40dalam agenda pencegahan dadah negara yang kini tidak lagi tertumpu di peringkat atasan semata-mata
00:46sebaliknya digerakkan secara langsung bersama masyarakat.
00:50Kita menjalankan satu pendekatan turun padang
00:54terus kepada komuniti, kepada keluarga, kepada masyarakat hampur terus.
00:59Kampen pencegahan dadah ini bukan hanya berpusat di peringkat atasan
01:04tetapi dia perlu turun ke bawah.
01:06So dengan adanya program di Pulau Banggi adalah program yang pertama di Sabah.
01:10Saya ucap terima kasih dan perhagiaan kepada semua pihak di Sabah
01:15khususnya yang berhormat, adun dan juga pihak kerajaan negeri sendiri
01:19banyak membantu kita dalam program yang melibatkan publiciti
01:24ataupun promosi bagaimana masyarakat ada di bawah hamil tersebut
01:30sedar bahawa badanah ini sesuatu yang amat bahaya pada diri mereka,
01:36pada keluarga mereka dan pada masyarakat.
01:39Beliau berkata demikian selepas menghadiri program tersebut di Pulau Banggi Kudat pada Ahad.
01:43Ruslin berkata penglibatan aktif masyarakat dalam program sedemikian
01:47mampu meningkatkan tahap kesedaran serta kepekaan terhadap ancaman dadah
01:51di persekitaran mereka.
01:53Beliau menambah pelaksanaan program Turun Padang secara konsisten
01:56mampu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan positif.
02:01Dalam masa sama, memperluaskan inisiatif JABD ke seluruh negara
02:05dan tidak hanya tertumpu kepada sesebuah negeri sahaja.
Comments