00:00Kerajaan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas bertujuan memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani jenayah penipuan dalam talian di Malaysia.
00:10Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadzi berkata jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa, badan kawal selia, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi
00:20serta platform digital.
00:32Tegas beliau tindakan bersepadu ini penting susulan peningkatan kes penipuan dalam talian yang bukan sahaja merugikan rakyat, malah semakin kompleks
00:42dengan penggunaan teknologi baru termasuk kecedasan buatan.
00:45Pada tahun lalu sebanyak RM2.7 bilion telah disonglap, telah dicuri oleh skama daripada mangsa di Malaysia.
00:54Saya telah dimaklumkan oleh penolong Governor Bank Negara bahawa pada tahun lalu sendiri, bank-bank di Malaysia telah berjaya untuk
01:03menyekat lebih kurang RM1.2 bilion yang cuba untuk dicuri oleh skama melalui mekanisme bank-bank sendiri.
01:13Kali ini hasil daripada pemukiman, kita lihat satu jawatankuasa wajar dibentuk supaya kerjasama yang bukan hanya bersepadu tapi berkala dan
01:27berterusan dapat diwujudkan.
01:29Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Interagency Retreat on Combating Online Scam 2026 di Ibu Negara pada ahad.
01:38Selain itu, Fahmi memaklumkan satu nota jemaah menteri akan dibentangkan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu bagi memaklumkan hasil pemukiman
01:47berkenaan terhadap cadangan penubuhan jawatankuasa itu.
Comments