Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Malaysia optimis kerjasama pertahanan dengan Turkiye melalui pembinaan tiga LMS Batch 2 TLDM, menandakan perolehan kerajaan-ke-kerajaan pertama serta penamaan kapal Tunku Laksamana Abdul Jalil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia melihat potensi besar untuk terus memperkukul kerjasama pertahanan dengan Turki melalui pertukaran pengetahuan dan pemindahan teknologi.
00:08Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mahmud Khalid Nordin, perjalanan luar biasa Turki ke arah membangunkan keupayaan pertahanannya sendiri merupakan contoh
00:16jelas tentang apa yang boleh dicapai menerusi visi strategik, komitmen negara dan keazaman pihak industri.
00:25Beliau berkata pembinaan tiga kapal misi pesisir Batch 2 LMSB-2 merupakan satu detik bersejarah dalam kerjasama pertahanan antara Malaysia
00:34dan Turki.
00:35Jelasnya, sebagai kerjasama kerajaan antara kerajaan pertama dalam perolehan kapal perang untuk tentera laut diraja Malaysia TLDM, ia menjadi bukti
00:44kepercayaan mendalam antara kedua negara.
00:46Sebenarnya, Malaysia amat berterima kasih kepada Turki bukan sahaja atas kecemerlangan teknikalnya, tetapi juga kerana telah membuktikan bahawa mereka adalah
00:54rakan strategik yang dipersayai serta sentiasa menghormati komitmen dan perjanjian yang telah dipersetujui.
01:00Kapal berkenaan dinamakan Tunku Laksamana Abdul Jalil sebagai penghormatan tertinggi kepada putera keempat yang dipertuan agung Sultan Ibrahim dan Raja
01:08Zalid Sofiah, iaitu Almarhum Tunku Abdul Jalil yang merupakan anggota keluarga di Raja Johor pertama dalam sejarah modern memegang gelaran
01:16Laksamana.
01:16Nama itu diangkat bagi mengabadikan keberanian, ketabahan dan semangat juang almarhum termasuk melalui slogan Fight Like Jalil serta legasi kebajikan
01:27baginda menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
Comments

Recommended