Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
ATM menegaskan komitmen melaksanakan latihan ketenteraan secara terancang dan bertanggungjawab di Pahang, termasuk mematuhi garis panduan alam sekitar serta memperkukuh libat urus dengan kerajaan negeri dan komuniti setempat.
Transcript
00:00Angkatan Tentera Malaysia ATM menjunjung kasih serta aku dengan titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah Al-Sultan
00:08Abdullah,
00:09Baya Tudin Al-Mustafa Bilashah berhubung pelaksana aktiviti ketenteraan di negeri itu.
00:14Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan, sebagai institusi pertahanan negara, ATM sentiasa komited memastikan setiap latihan dan operasi dilaksanakan secara terancang,
00:24profesional serta bertanggungjawab.
00:26Menurut kenyataan itu, ATM mematuhi sepenuhnya garis panduan, prosedur operasi serta penilaian impak alam sekitar yang telah ditetapkan oleh pihak
00:35berkuasa berkaitan.
00:37Jelasnya ATM telah mengiktiraf kepentingan kerjasama strategik bersama pihak kerajaan negeri, agensi penguatkuasa, pakar berkaitan serta komuniti setempat dalam setiap
00:46pelaksanaan latihan.
00:48Sebuangan itu, ATM akan terus memperkukuh mekanism penyelerasan dan libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan latihan ketenteraan
00:57dijalankan secara lebih tersusun, selamat, teratur, serta berhemah dengan mengambil kira sensitiviti setempat.
01:03ATM dalam kenyataan itu memaklumkan bahawa langkah mitigasi, pemantauan dan penilaian secara berterusan juga sentiasa dilaksanakan oleh pihak ATM bagi
01:12meminimumkan sebarang kesan negatif terhadap ekosistem semula jadi di kawasan terlibat.
01:16Media sebelum ini melaporkan Tengku Hassanal menzahirkan kebimbangan terhadap latihan ketenteraan di kawasan Kepulauan di Pahang yang berisiko menggugat ekosistem
01:25alam sekitar, baginda teruk menitahkan agar ATM dapatkan pekenan Sultan Pahang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang latihan.
Comments

Recommended