Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Harga Bitcoin melonjak melebihi paras 510 ribu ringgit di platform dagangan Luno, berikutan permintaan daripada pelabur institusi, serta dasar monetari global yang semakin menyokong selera risiko terhadap aset digital.
Transcript
00:00Harga Bitcoin melonjak menebihi paras RM510,000 di platform dagangan LUNO
00:05berikutan permintaan daripada pelabur institusi serta dasar monetary global
00:10yang semakin menyokong selera risiko terhadap aset digital.
00:13Kenaikan itu juga termasuk permintaan kukuh daripada firma pelaburan dan syarikat tersenara
00:18yang kini aktif mendapatkan pendedahan terhadap mata wang kripto tersebut
00:22sama ada melalui pembelian langsung atau dana dagangan bursa ETF.
00:30LUNO menjelaskan momentum kenaikan harga turut dipacu oleh fenomena short squeeze
00:34berjumlah lebih 200 juta USD apabila pelabur membeli semula Bitcoin
00:39untuk menutup posisi mereka sekaligus mempercepatkan lonjakan harga aset tersebut.
00:45Keyakinan pelabur terhadap prospek Bitcoin dipacu oleh dasar monetary global AS
00:50yang lebih terbuka terhadap industri kripto dan meransang sentimen positif dalam pasaran aset digital.
00:57Pengurus negara LUNO Malaysia Scarlett Chai berkata
00:59pasaran kripto kini semakin berkembang luas dan Bitcoin terus mendominasi sebagai peneraju utama.
01:06Katanya walaupun masih terdapat keraguan terhadap kelas aset ini
01:09Bitcoin kini muncul sebagai aset kelima terbesar dunia dari segi pemodelan pasaran selepas Apple.
01:16Momentum kenaikan Bitcoin turut melunjakkan harga beberapa mata wang kripto alternatif
01:21altcoin seperti Stellar, XLM, Algorand, Algo dan Hydra HBAR
01:27yang memasing mencatatkan kenaikan lebih 50% dalam tempoh seminggu.
Comments

Recommended