Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Jabatan Perangkaan jelaskan, Malaysia merekodkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya.
Transcript
00:00Malaysia merekodkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing FDI berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya.
00:15Jabatan Perangkaan Malaysia Dossam dalam kenyataan memaklumkan jumlah pendapatan yang diperoleh syarikat asing di Malaysia meningkat kepada RM99.8 bilion berbanding RM88.4 bilion pada 2023.
00:31Peningkatan ini disumbang terutamanya daripada pendapatan saham dana ekuiti dan pelaburan yang berjumlah RM95.9 bilion serta pendapatan faedah sebanyak RM3.9 bilion.
00:45Menurut Dossam, sehingga akhir 2024, kedudukan kumulatif FDI negara berjumlah RM995.5 bilion, meningkat daripada RM924.0 bilion pada tahun sebelumnya.
00:58Sementara itu, Jabatan Perangkaan memberitahu aliran FDI dalam bentuk ekuiti dan saham dana pelaburan mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM28.0 bilion menyumbang kepada jumlah terkumpul RM832.9 bilion.
01:14Mengikut sektor, Jabatan itu berkata sektor perkhidmatan menyumbang aliran masuk FDI tertinggi sebanyak RM39.4 bilion dengan nilai terkumpul RM524.8 bilion dan diikuti sektor pembuatan yang menjana pendapatan FDI tertinggi penilai RM54.6 bilion.
01:32Pada 2024, aliran masuk FDI terbesar secara geografi adalah dari rantau Asia berjumlah RM50.3 bilion dengan Singapura dan Hong Kong sebagai penyumbang utama.
01:43Pelaburan dari wilayah ini juga mencatatkan pendapatan tertinggi berjumlah RM46.5 bilion.
Comments

Recommended