Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menegaskan komitmen untuk melaksanakan projek pembangunan secara lebih saksama, terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak.
Transcript
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW menegaskan komitmen untuk melaksanakan projek pembangunan secara lebih saksama terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak.
00:10Menterinya yang juga timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
00:14penekanan diberikan kepada projek rakyat yang memberi manfaat langsung kepada komuniti.
00:19Projek itu lebih awal, yang penting dimindah kita, dihati kita, ya ada matlamat yang paling penting,
00:31kepentingan rakyat, keperluan rakyat harus diberikan keutamaan selain daripada keuntungan yang diperolehi.
00:41kerana rakyat akan mengingati sesuatu yang baik itu.
00:50Saya wajib turun ke bawah untuk melihat kesengsaraan rakyat.
00:58Saya wajib turun untuk melihat bagaimana rakyat perlu dibantu setiap masa.
01:04Jelasnya hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak menjadi asas kelancaran pelaksanaan projek.
01:12Dan bagi mempercepatkan penyelarasan projek di Sarawak,
01:15timbalan KKDW, Dato' Rubiah Wang telah dilantik sebagai pengerusi penyelaras
01:20bagi memastikan projek-projek yang tertunda dapat dilaksanakan dengan segera.
01:24Di majlis sama, beliau turun mengumumkan kelulusan projek jambatan menyeberangi Sungai Kirian di Saratok
01:30bernilai RM122 juta.
01:32Beliau berkata demikian di majlis perjumpaan bersama penduduk di Rumah Panjang Rengan di Saratok, Sarawak pada Sabtu.
Comments

Recommended