Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
RWMF 2025: Kepelbagaian budaya dan muzik dunia kembali gegarkan Bumi Kenyalang
Transcript
00:00Rainforest World Music Festival RWMF edisi 2025 kembali menghangatkan kampung budaya Sarawak SCV Kuching bermula 20 hingga 22 Jun ini.
00:11Bertemakan connections One Earth One Love RWMF tampil dengan pameran budaya serta persembahan hebat daripada barisan artis antarabangsa dan tempatan yang menjanjikan pengalaman budaya dan muzik luar biasa.
00:25Bagi edisi 2025, Festival Iconic ini mengekalkan identitinya sebagai platform perpaduan budaya dengan rentak alunan muzik yang pelbagai apabila menampilkan pemuzik dan penani dari seluruh dunia termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Columbia, United Kingdom, Belgium, Filipina, Thailand dan Malaysia.
00:46Antara persembahan yang dinantikan termasuk Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay, Otukan, Sapuka Pistol, Rob Ruha, Gaga Gundul, Lachi Vagantiva, Kuntau Mindanao, Man Hu, Kulaiwi, Paradise Bangkok Molam International Band dan ramai lagi.
01:05Lebih menarik, beberapa pemuzik tempatan seperti Ad Atau, Buloh Berkocak, Kancit Ajai Warrior Dance, Merukit, Naungan, Buddha Beat Fit Sinaran Kolektif dan Matthew Ngaujawid Lan itu yang akan turut tampil memeriahkan acara kali ini.
01:21Selain itu, festival selama tiga hari ini turut dipenuhi pelbagai aktiviti seperti bengkel budaya, tarian tradisional, persembahan akustik, sesi interaktif serta demonstrasi alat muzik tradisional.
01:32Menerusi edisi penganjurannya tahun lalu, RWMF berjaya merekodkan kehadiran terbesar sepanjang penganjurannya.
01:40Ia selepas RWMF 2024 berjaya merekodkan kehadiran lebih 26,000 pengunjung, seterusnya mengatasi jumlah tertinggi pada 2019 dengan 23,000 orang.
01:52Tiket RWMF 2025 boleh didapati secara dalam talian di laman rasmi RWMF dan di tiket2u.com.my Palang Rainforest dengan pelbagai pakej termasuk pas harian dan tiket untuk tiga hari.
02:07RWMF muda dianjurkan pada 1998 dan sejak itu terus berkembang menjadi antara festival muzik dunia yang paling dinantikan di rantau Asia Pasifik menarik ribuan pengunjung setiap tahun.
Comments

Recommended