Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Chow Kon Yeow akur arahan Anthony Loke, sedia laporan kadar cukai tanah baru dan galak pemilik tanah buat rayuan segera.
Transcript
00:00Ketua Menteri Pulau Pinang, Chao Konyo mengambil maklum arahan daripada Setiausahagung DAP Anthony Lok berhubung isu pelaksanaan kadar cukai baru.
00:09Menurut si kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasminya pada ahad, Konyo turut menzahirkan penghargaan kepada Anthony kerana sudi mengatur
00:18mesyuarat melibatkan pihaknya dan bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Sabtu.
00:25Konyo berkata pihaknya akan menyediakan satu laporan untuk diserahkan kepada Anthony mengenai pelaksanaan kadar cukai tanda baharu yang berkuatkuasa pada
00:341 Januari lepas di negeri itu.
00:37Beliau juga akur arahan Anthony untuk tidak membicarakan isu tersebut kepada media untuk mengelakkan persepsi serta kesan negatif kepada pihak
00:45parti, barisan kepimpinan dan kerajaan negeri Pulau Pinang secara keseluruhan.
00:50Pada masa sama, beliau turut menyeru kepada pemilik-pemilik tanah yang terkesan untuk terus mengemukakan rayuan ke pejabat-pejabat daerah
00:58dan tanah dalam negeri serta pejabat pengarah tanah dan galian di Komtar.
01:03Pada Jumaat, Guang Eng menuntut pentadbiran Konyo untuk menunaikan janji dalam Manifesto Perpaduan Pilihan Raya Negeri 2023 yang memberi jaminan
01:12tiada pihak terpinggir dan prinsip negeri berkebajikan.
01:15Menurutnya, manifesto juga tidak menunjukkan sebarang petunjuk membenarkan kenaikan kadar cukai tanah melambung tinggi.
Comments

Recommended