Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menekankan kepentingan peranan pihak berwajib dalam memperkukuh komunikasi strategik, memberikan penjelasan dasar secara konsisten serta bertindak tegas bagi mengelakkan persepsi negatif terus berkembang.
Transcript
00:00Kerajaan dicadang pertimbang penubuhan sebuah majlis ketahanan sosial nasional sebagai langkah menyeimbangkan antara kebebasan bersuara di media sosial dan keperluan
00:11mengekalkan perpaduan serta kestabilan masyarakat.
00:14Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia Prof. Dr. Siva Murugan Pandian berkata, majlis tersebut boleh berperanan sebagai badan penasihat dasar, pengantara
00:24awal serta mekanisme pencegahan konflik sebelum sesuatu isu menjadi lebih besar.
00:31Siva Murugan menjelaskan media sosial sering dilihat sebagai punca utama konflik berasaskan etnik dan agama, namun hakikatnya platform itu hanya
00:40bertindak sebagai pemangkin kepada sentimen sedia ada.
00:43Supaya kita dapat membabitkan pelbagai pihak baik pada muka kerajaan, akademi, mereka yang ada kepakaran untuk bersama dengan tegas, cekap,
00:58cepat mengurus isu yang berkaitan dengan konflik ini.
01:04kerana saya percaya kegagalan mengurus emosi itu lebih bahaya dari kegagalan mengurus apa saja perkara lain.
01:13Yang penting di sini adalah perpaduan itu adalah milik bersama.
01:18Ia bukan sekadar milik pihak bertanggungjawab tetapi kita juga menjadi kompak moral kepada tanggungjawab tersebut.
01:27Menurut beliau, dalam era pendigitalan, teknologi tidak seharusnya mengawal manusia.
01:32Sebaliknya, manusia perlu mengawal penggunaan teknologi dengan berpandukan nilai kesopanan dan kesusilaan seperti yang terkandung dalam prinsip rukun negara.
01:42Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan peranan pihak berwajib dalam memperkukuh komunikasi strategik,
01:48memberikan penjelasan dasar secara konsisten serta bertindak tegas bagi mengelakkan persepsi negatif terus berkembang.
01:56Selain itu, beliau turut mencadangkan penubuhan unit maklum balas pantas bagi memberi respon segera terhadap isu-isu tular di media
02:03sosial
02:04sekaligus mengawal penyebaran sentimen yang boleh menggugat keharmonian.
02:08Dalam perutusan Aidilfitri 2026 pada Sabtu yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah,
02:14sebarang anasir yang mengancam perpaduan rakyat mesti dibantras tanpa kompromi.
Comments

Recommended