00:00Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fakzil berkata beliau sedia mengadakan perbincangan lanjut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Osman Said untuk memperkukuh kawal selia platform media sosial di negara ini.
00:14Fahmi berkata pertemuan itu penting susulan cadangan Azalina semalam untuk memindah undang-undang sedia ada termasuk mewajibkan ibu bapa dan penjaga memantau tingkah laku dalam talian anak-anak serta menyertai program kesedaran dan pendidikan keselamatan digital.
00:30Beliau berkata langkah ini akan mengambil kira pengalaman dan pendekatan Suranjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC serta Kementerian Komunikasi dalam menangani pelbagai isu berkaitan platform digital dan media sosial di Malaysia.
00:43Mengulas lanjut, Fahmi berkata Akta Keselamatan Dalam Talian ONSA 2024 yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi akan memberi kuasa kepada MCMC untuk mengenakan tindakan ke atas platform media sosial yang ingkar terhadap tanggungjawab mereka.
00:59Justru jelasnya pihaknya akan melihat apakah cara yang terbaik untuk membantu Menteri Undang-Undang dalam pelaksanaan dan penggubalan akta yang beliau maksudkan itu.
Comments