Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Program audio siar "Telaah" dilancar Perdana Menteri di PBAKL 2025 sebagai gerakan membudayakan minat membaca dan diskusi ilmiah. Kini diperluas ke sekolah dan IPT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
Transcript
00:00Telah sesi diskusi dan membedah buku serta karya melalui audio siar yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 pada Sabtu akan diperluas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
00:16Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq dan program itu akan dikembangkan kepada khalayak yang lebih luas membabitkan mahasiswa, pensyarah, para guru dan anak-anak sekolah bagi mewujudkan rasa cinta kepada amalan membaca.
00:35Beliau berkata Telah merupakan satu inisiatif cetusan idea Perdana Menteri yang sememangnya dikenali sebagai seorang pencipta buku dan pemimpin berjiwa ilmu.
00:45Jelasnya menerusi perkongsian di Facebook, Telah bukan sekadar program, ia adalah gerakan dan gerakan ini untuk menyuburkan semula minat membaca, budaya berdah buku dan perbincangan intelektual yang berasaskan ilmu.
00:58Episod pertama Telah menampilkan Anwar sebagai tetamu istimewa dengan mengupas empat naskah dari perpustakaan peribadi beliau iaitu Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya, Karya Pendeta Zabbar, Jejak-Jejak di Pantai Zaman, Karya Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayu, Karya Profesor Diraja Dr. Said Muhammad Nakib Al-Atas dan Islam dan Melayu, Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Karya Datuk Dr. Siddiq Fazil.
01:26Zamri juga berkata bagi menyahut perkembangan teknologi pendigitalan, pertandingan pedah buku secara dalam talian akan turut diadakan agar masyarakat dari semua pelusuk negara dapat menyertainya.
01:38Program Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu merupakan wadah terkini yang mendukung aspirasi besar negara untuk membudayakan wacana berasaskan pembacaan dan mentransformasikan kegairahan terhadap ilmu menjadi amalan kebangsaan.
01:52Disiarkan seminggu sekali melalui platform dalam talian telah mempertemukan tokoh-tokoh ilbuan, penulis dan masyarakat umum dalam diskusi terbuka yang mencetuskan pemahaman lebih situ terhadap pelbagai isu kemasyarakatan serta ketamadunan selari dengan aspirasi Malaysia Madani.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended