Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Peguam Syarie jelaskan bahawa hibah tidak semestinya mutlak—dalam kes tertentu seperti antara ibu bapa dan anak, ia boleh ditarik balik. Pastikan dokumen hibah lengkap dan sah di sisi undang-undang Syariah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persepsi umum bahawa hibah bersifat mutlak dan tidak boleh ditarik balik perlu diperbetulkan. Menurut Peguam Syarii, Sarah Mohd Ali terdapat situasi tertentu yang mana pemberi hibah nasib boleh menarik semula pemberian tersebut terutamanya apabila ia melibatkan hubungan kekeluargaan rapat.
00:19Jelasnya penarikan semula ini bagaimanapun hanya terpakai kepada kategori hubungan tertentu dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya terhadap pihak ketiga.
00:27Baru-baru ini kita buat satu penarikan hibah, kita tarik balik hibah itu, maksudnya pemberi hibah itu tarik balik. Benda itu boleh berlaku, kadang-kadang kita kata oh hibah ini mutlak macam anda tanya soalan tadi adakah mutlak.
00:42Kita jangan confident sangat sebab dia ada circumstances, situasi yang mana hibah itu boleh ditarik balik. Contohnya seperti apa? Hibah di antara ibu dan anak, bapa dengan anak dan juga grandparents, atuk nenek kepada cucu.
00:56So, itu dah menjawab satu-satu persepsi mengatakan hibah itu sebenarnya tak mutlak. Ada situasi yang tertentu yang mengatakan hibah itu boleh ditarik balik.
01:05Dalam badi itu, beliau turut menasihati orang ramai agar memastikan dokumen hibah disediakan dengan lengkap dan mengikut kehendak undang-undang syariah bagi menyelakkan sebarang cabaran di kemudian hari.
01:15Sebagai langkah pelindungan tambahan, beliau mencadangkan agar pengesahan dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.
01:19Itu boleh kita katakan hak mutlak. Tapi biasalah manusia boleh setiap nak cabar. Benda-benda banyak berlaku sekarang, masih nak cabar juga, masuklah mahkamah.
01:29Dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk tengok balik dokumen instrument hibah itu, patuhi tak rukun-rukun hibah itu.
01:37Kalau dah patuhi, insyaAllah dia jadi solid lah, dia jadi konkret. Dia susahlah orang nak cabar.
01:42Terutamanya selepas saya nasihatkan, saya selalu buat dokumen hibah ini, saya nasihatkan selain daripada dokumen hibah itu, nak dapat double layer protection ataupun yang kita panggil iron clack, buat pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah.
01:56Jadi susahlah orang nak mencabar, susah. Dia nak mencabar, boleh. Dia boleh still, maksudnya cabar in the sense that dia nak masuk mahkamah.
02:03Kadang-kadang orang kita selalu suka nak masuk mahkamah kan, ok. Masuk mahkamah tapi hakim mahkamah tinggi, mahkamah tinggi sekiranya ada perintah hibah itu, susahlah.
02:12Susah orang nak challenge ya. Itu nak makan hak mutlak. Kalau dah ada perintah itu, susah. Agak sukar.
02:18Beliau turut menyuruh masyarakat agama mendapatkan nasihat undang-undang yang betul sebelum melaksanakan hibah bagi mengelakkan konflik antara waris pada masa hadapan.
02:26Beliau berkata demikian dalam awan ini pagi pada Isnin.
Comments

Recommended