Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Guru wanita dan 'Abang Wiring' yang terpalit dengan kisah skandal seks didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan Zina Februari lalu.
Transcript
00:00Guru wanita dan abang Wairing yang terpalit dengan kisah skandal seks didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
00:08selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan zina 28 Februari lalu.
00:14Hakim Syari'i Muhammad Yunus Muhammad Zain menetapkan hukuman itu selepas kedua-dua mereka iaitu Muhammad Hairul Izwan Hamzah
00:21dan Nur Fadillah Zainal masing-masing berusia 31 tahun membuat pengakuan bersalah.
00:30Mengikut pertuduhan, mereka didapati telah melakukan perbuatan percubaan perstubuhan haram
00:35dengan yang bukan isteri atau suami yang sah di sisi syarab.
00:40Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah Alur Gajah, kira-kira jam 9 malam 28 Februari lalu.
00:49Mereka didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991
00:55yang memperuntukkan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.
01:06Dalam proseding tersebut, Muhammad Hairul Izwan turut menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab ke atas Nur Fadillah yang merupakan ibu tunggal.
01:15Muhammad Hairul Izwan yang juga bapa tiga anak mengakui menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
01:23Kecoh di media sosial sebelum ini mengenai hubungan cinta antara seorang guru wanita dan seorang lelaki
01:30dikenali sebagai abang wiring yang masih berstatus suami orang.
01:35Kontroversi itu tercetus apabila tular beberapa tangkap layar perbualan berunsur lucah dalam aplikasi WhatsApp
01:41yang dikatakan antara kedua-dua individu terbabit.
01:45Pelbagai spekulasi tercetus dalam media sosial terkait perkara itu termasuk hubungan tersebut didakwa bermula
01:52ketika lelaki tersebut menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup CCTV
01:57dan pendawayan elektrik di rumah guru berkenaan.
Comments

Recommended