00:00Seorang peniaga kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Johor Baru pada Rabu
00:04atas tuduhan memandu kereta secara melulu dengan cara melawan arus dua minggu lalu.
00:10Tertuduh S. Tanish, 26 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Nur Fatin Muhammad Farid.
00:19Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu keretanya di jalan raya secara melulu dengan cara menyonsang arus.
00:26Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 9 pagi di Kilometer 4 Jalan Gelang Patah Ulu Johor Baru, Johor pada 9 Mei lalu.
00:37Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 dalam Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020
00:45yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
00:52Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan
00:58iaitu melaporkan diri ke balai polis perhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport ke mahkamah
01:04dan digantung melesir memandu sehingga kes selesai.
01:0820 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
01:12Terima kasih kerana menonton!