Skip to playerSkip to main content
  • 11 months ago
Pengumuman dua calon besar bertanding bagi memenangi kerusi timbalan presiden PKR menjadi antara topik perbualan hangat untuk ketika ini.
Transcript
00:00Intro
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera dan bersama saya Syafiq Syukri dan ini fokus minggu depan dan seperti biasa dalam fokus minggu depan kita akan memberi fokus kepada perkara-perkara yang menjadi tumpuan utama sepanjang minggu harapan
00:23dan untuk kita melihat analisis dan kita melakukan sedikit pemahaman bagaimana perkara-perkara yang akan berlaku pada minggu depan itu akan boleh kita fahami secara tuntasnya
00:32dan untuk hari dan waktu ini kita akan memberi fokus kepada pemilihan PKR yang akan berlangsung juga pada minggu depan dan seperti yang masyarakat semua tahu ya
00:41pengumuman dua calon besar telah pun dilakukan bagi kerusi timbalan Presiden PKR dan ini antara yang menjadi perbualan hangat pada waktu dan ketika ini
00:51dan kita tahu juga Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai penyandang sedia mempertahankan jawatan dan akan menyaingi Nurul Izzah Anwar yang menerima pencalonan daripada beberapa cabang keadilan negeri sebelum ini
01:04dan dua figura ini juga ya kini sedang berusaha berkempen dalam menerangkan visi serta matlamat tersendiri mengapa pertandingan ini penting buat masa depan PKR secara sendiri
01:17dan kalau kita tahu juga Rafizi muncul dengan gagasan hero iaitu hidupkan idealisme reformasi dalam ujian kuasa dan Nurul Izzah dengan damai dari akar membina aspirasi inklusif
01:31dan pastinya dinamika politik PKR ini penting ditambah lagi dengan kedudukannya kini yang merupakan parti pemerintah dipimpin Presidennya sendiri
01:41iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penting juga untuk kita fahami ya pemilihan PKR
01:46bagaimana pemilihan ini mampu menjadi corak dalam percaturan menjelang pilihan raya umum ke-16 atau PRU-16
01:53dan bersama saya ketika ini untuk memberi analisis selanjut ialah Profesor Dato' Dr. Siva Murugan Pandian penganalisis politik
01:59terima kasih Dato' sudi bersama kami untuk waktu dan ketika ini Dato'
02:01Terima kasih
02:01Dato' pertama sekali ya pastinya Dato' mengikuti rapat perkembangan pemilihan Presiden PKR ini yang akan dijalankan pada minggu depan
02:09kita dah lihat proses pencalonannya kita dah tengok bagaimana kedua-dua tokoh ini berkempen
02:13jadi Dato' apa yang pertama sekali boleh kita jangkakan untuk minggu depan
02:17dan adakah Dato' melihat di pertandingan dua figuran ini sebenarnya memberi persepsi kepada masyarakat di luar bahawa
02:23kita sebenarnya melihat satu perpecahan di antara kem reformis dan juga kem penguasa dalam PKR itu sendiri Dato'
02:32tidak pemilihan kali ini agak menarik dan setiap kali pemilihan dalam PKR ia menarik
02:37beberapa perkara harus kita halusi
02:40yang pertama ini adalah pemilihan pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan
02:44dan sudah pasti pertunjuknya ke arah hala tujuh yang mahu dibawa oleh Presiden Parti
02:49Dato' S. Ibrahim yang kini menjadi Perdana Menteri yang ke-10
02:52kedua ia juga merupakan pemilihan yang akan mencorakkan hala tujuh parti
02:59dalam pilihan raya yang akan datang yang perangkali akan diadakan dalam masa 34 bulan
03:04seterusnya kita juga harus melihat bagaimana calon-calon yang menang dalam pemilihan ini
03:09mempunyai potensi ataupun mempunyai keutamaan dipilih sebagai calon
03:15seterusnya kita juga perlu melihat bahawa dalam konteks perlembagaan parti PKR
03:24jawatan nombor dua menjadi tarikan utama kerana akan menjadi pewaris
03:30ataupun akan menjadi pengganti kepada Dato' S. Anwar yang tidak boleh lagi bertanding
03:34untuk jawatan Presiden apabila tamat tempohnya dalam berapa tahun akan datang
03:39bermakna sudah ada persekitaran seperti itu
03:42dan barangkali juga yang ini menjadi tarikan terutamanya kepada kedudukan timbalan Presiden
03:49kerana akan menjadi panglima perang untuk PRU yang ke-16
03:54melengkapi kedudukan Presiden yang barangkali juga akan menggunakan skill berkomunikasi
03:59untuk menentukan sama ada akan bersama untuk ke arah PRU ke-16 dalam kerajaan perpaduan
04:07jadi kesemua ini akan menjadi satu keterangkuman bila kita melihat pemilihan nanti
04:12walaupun ramai menyatakan sudah berlaku perpecahan itu murah
04:15dalam mana-mana pemilihan akan ada tim A, tim B
04:19akan ada usaha untuk mengina, haib, memalukan
04:22tetapi kita perlu berpegang kepada pepatah
04:25jangan sampai jong pecah you kenyang
04:28bermakna kita ada jong kita, perahu kita
04:32tetapi disebabkan tindakan dan juga gerakan dalaman
04:35itu akan membawa satu keruntuhan kepada kerajaan yang sedang memerintah
04:41kerana dalam politik negara kita
04:43persepsi dan sentimen yang berkait dengan emosi
04:47seringkali menjadi landasan dalam PRU akan datang
04:51begitu juga kalau kita lihat bagaimana dalam PRU yang ke-13 dulu
04:582018 sentimen dimainkan
05:00tapi hanya mampu untuk bertahan selama 22 bulan
05:03apakah itu mahu diulang sebaik saja selesai pemilihan ini
05:08kerana harus dilihat untung sabut timbul, untung batu tenggelam
05:12dan yang menang tidak menang semuanya, yang kalah tidak kalah semuanya
05:15yang harus juga dilihat adalah bagaimana
05:18untuk pastikan talian itu tidak putus, kaitan tidak merekah
05:21dan dalam soal inilah saya rasa
05:23kewibawaan, reputasi kredibiliti itu
05:26tidak harus menjurus kepada persoalan pertikaman
05:30sehingga membawa kepada pembunuhan karakter berlibahan
05:34kerana itu akan membawa kepada simpati kepada salah seorang calon
05:37sedangkan yang perlu menjadi pertunjuk adalah
05:40apakah sebenarnya mahu dilakukan
05:41selepas memegang jawatan untuk satu tempuh
05:44apa telah dilakukan
05:45itu harus menjadi kad laporan
05:46dan saya rasakan kalau itu dipaparkan
05:49mereka yang akan menjadi perwakilan
05:51mampu untuk menilai, meneliti, mencerna
05:54dan juga menggarap bagaimana untuk melakukan pemilihan mereka
05:57Pak Datuk, saya tertarik sebab Datuk sebut tadi
06:01bagaimana sentimen dan juga pemahaman orang di luar itu
06:03penting menjadi kayu pengukur dalam
06:05pengundi khususnya masyarakat di luar sana
06:07untuk membuat keputusan
06:08ada pihak yang akan bersimpati kepada satu pihak yang lain disebabkan oleh
06:11mungkin cara berkempen itu menjatuhkan seseorang
06:15ataupun sebaliknya Datuk kan
06:16Datuk kita melihat juga
06:17kita nak memahami perjalanan ini
06:20PKR ini sebuah parti yang memerintah pada waktu deketika ini
06:22jadi calon ataupun pemenang kerusi timbalan presiden ini
06:26mempunyai peranan yang besar
06:27kita sebut tadi
06:28merupakan panglima perang untuk PKR untuk PRU16
06:31jadi bagaimana PKR boleh menyeimbangkan idealisme
06:35dia punya reformasi yang menjadi asas penubuhannya terdahulu
06:38dan keperluan real politik sebagai parti pemerintah
06:41itu dua perkara yang cukup berbeza yang perlu kita fahami
06:43yang perlu kita fahamkan kepada masyarakat
06:45secara umumnya
06:46kita harus melihat susur galur
06:48kronologi pembentukan parti PKR
06:50zaman berubah pesaka bergilir
06:5325 tahun yang lepas
06:54parti itu
06:55ditubuhkan berdasarkan kepada
06:58susuk yang dipecat
07:00daripada
07:01satu lagi parti siasa
07:02maka PKR ketika itu
07:05tidak ramai kenali
07:06yang hanya kenal adalah PKR adalah
07:08Datuk Syed Anwar
07:09Anwar adalah PKR
07:10tapi selepas 25 tahun
07:12sudah menjadi parti pemerintah
07:14bermakna dalam konteks itu
07:16bagaimana perlu menampakkan kesungguhan
07:19sebagai sebuah parti pemerintah
07:22bukan lagi berpegang kepada mentaliti pembangkang
07:24sebagai sebuah parti siasa
07:26sebagaimana seperti parti UMNO, PAS ataupun DAP
07:29ada pertumbungan dalaman akan berlaku
07:31tetapi akhirnya
07:33idealisme yang mahu dibawa itu
07:35harus menjadi aspirasi
07:36kita melihat kini
07:38banyak ungkapan digunakan
07:40nepotisma versus
07:41raja formula
07:43elite versus akar umbi
07:45data versus aspirasi
07:48reformasi versus strategi
07:51kesemua itu digunakan
07:53dalam permainan
07:54untuk mempengaruhi
07:56emosi dalam kalangan perwakilan
07:59tapi yang penting
08:00idealisme yang mahu dibawa
08:02adalah masa depan kepada negara
08:03sejauh mana akar umbi itu dapat
08:05meningkatkan pemahaman kepada konteks real politik
08:08real politiknya
08:09bukan lagi seperti dulu
08:11dulu boleh kita katakan
08:13kesetiaan kepada personaliti
08:14tapi kini
08:15parti harus
08:16melangkaui personaliti
08:17kedua
08:18yang harus juga diutamakan
08:20adalah sejauh mana sebagai parti siasa
08:21mampu untuk menunjukkan
08:23usaha kearah
08:25memenuhi keperluan
08:26kemahuan
08:26membaca
08:27pemetaan ke atas
08:28mindset pemikiran
08:30perwakilan
08:31yang juga
08:32menjadi perhatian di luar
08:34kini sudah ada
08:35pelbagai platform
08:36terlapat digunakan
08:37informasi disalurkan
08:39termasuk
08:40melalui media pendigitalan
08:42alam maya
08:43yang menguasai
08:43bermakna
08:44di situ sudah menjadi
08:45medan tempur
08:47di antara
08:48calon-calon
08:49jadi real politik
08:50sebenarnya
08:51adalah
08:51untuk menampakkan
08:53kewibawaan
08:54untuk menerajui
08:56mengemudi parti
08:56dan juga
08:57menampakkan diri
08:58sebagai pengganti
09:00kepada Perdana Menteri
09:01satu hari nanti
09:02kedua
09:03adalah usaha
09:04untuk
09:05memenuhi
09:06keperluan
09:07kemahuan
09:07mempertahankan
09:09nilai kesejahteraan
09:09masyarakat secara umumnya
09:11bagaimana
09:11tidak lagi berpegang
09:12kepada
09:13formula-formula
09:14yang sukar
09:15untuk direalisasikan
09:17tetapi
09:18apakah sebenarnya
09:19yang mampu
09:20kita jadikan sebagai
09:22dakapan realiti
09:23hari ini
09:24suasana sudah
09:26berubah
09:26geopolitik sedang
09:27kian mencabar
09:29dalam negara
09:30serantau di peringkat global
09:31jadi pemikir
09:32politik ini
09:33harus menjadi
09:34seorang yang
09:35pintar berpolitik
09:36pintar di sini
09:38bukan bermaksud
09:39cemas
09:39menggunakan emosi
09:40tetapi
09:41menggunakan akal
09:42adab
09:43dan
09:43menjadi seorang
09:45ahli politik
09:46yang budiman
09:47boleh berbicara
09:49boleh menggunakan
09:50akal budi
09:51tahu
09:51bagaimana
09:52budi bicara itu
09:54sebenarnya
09:55mengangkat
09:55personaliti itu
09:56menjadi seorang
09:58yang boleh
09:59memimpin
10:00mengetuai
10:00parti
10:01satu hari nanti
10:02Dato-Dato cakap
10:03mengenai figura
10:04kalau kita tengok
10:04Dato sebut tadi
10:05tahun dulu
10:06kita kenal PKR
10:07Dato Sri Anwar Ibrahim
10:08Dato Sri Anwar Ibrahim
10:09PKR
10:10adakah
10:11gaya
10:12ataupun
10:12pemahaman
10:13ahli di luar sana
10:14masih bergantung kepada
10:15ketokohan
10:16seseorang pemimpin itu
10:18yang ada pada ketika ini
10:19seperti Dato Sri Anwar Ibrahim
10:20tapi selepas Dato Sri Anwar Ibrahim
10:22siapa
10:22adakah Rafizi
10:23setakat ini
10:24pada pandangan Dato
10:25berjaya mengisi
10:26kerusi itu
10:27adakah
10:27Nurul Izzah
10:28kalau kita lihat
10:29kepada
10:29merit kedua-dua
10:30calon ini
10:31mempunyai kelebihan
10:32masing-masing
10:32Rafizi
10:33Ramli
10:34sebagai panglima perang
10:35untuk PRU yang sebelum ini
10:36berdasarkan data
10:37dan statistik yang dibentangkan
10:38itu membawa kepada
10:39PKR
10:40memperoleh jumlah kerusi
10:41tertentu pada
10:41PRU yang lepas
10:43jadi
10:43untuk waktu dan ketika ini
10:44siapa yang mempunyai
10:45ketokohan
10:46bukan saja
10:47membawa diri sendiri
10:49di pentas PKR
10:50tapi membawa PKR
10:51bersama-sama dengan
10:52parti itu
10:53untuk menerajui
10:54PRU 16
10:55Akadatan itu
10:55kedua-dua pemimpin
10:57mempunyai kebolehan
10:58kewibawaan
10:59kemampuan
11:00keupayaan
11:01masing-masing
11:02boleh dianggap
11:03pemimpin yang luar biasa
11:04tapi dalam
11:05kancak perkembungan
11:06dua personaliti
11:07yang saya rasakan
11:08merupakan sosok
11:09yang ada
11:10kekuatan masing-masing
11:12sudah pasti
11:13kita memerlukan
11:14seorang pemimpin
11:15yang boleh
11:16mengemudi
11:16ketika krisis
11:18kedua
11:19boleh bersama
11:20dengan presiden
11:21kerana jawatan
11:22nombor dua ini
11:23sebenarnya jawatan
11:24yang sangat penting
11:25dalam parti
11:26bekas penyelia saya
11:28Prof. Akhi Watanabe
11:29ketika di Jepun
11:30ketika itu
11:31berlaku
11:31presiden pencahatan
11:32Datuk Syed Abdul Rahim
11:33dia menyatakan pada saya
11:35sebab
11:35jawatan nombor dua
11:37inilah yang sebenarnya
11:38penting
11:39kerana
11:39yang berada di sekeliling
11:41akan cuba
11:43untuk meracun
11:44untuk menguasai
11:45melawan nombor satu
11:47melawan idealisme
11:49menyaingi
11:50kadang-kadang
11:50berlaku pengkhianatan
11:51caketing
11:52sabotasi dan sebagainya
11:53jadi jawatan nombor dua
11:54ini perlu melengkapi
11:55kedudukan
11:56yang nombor satu
11:57kita pernah melihat
11:58ada Perdana Menteri
11:59dengan hampir empat orang
12:01timbalan Perdana Menteri
12:02kenapa?
12:03kerana
12:03skill komunikasi itu
12:05bercanggah
12:06sukar untuk melihat
12:07boleh menjadi pengganti
12:08jadi
12:09bagi saya dalam
12:10konteks sekarang ini
12:11apabila
12:12sambutan
12:13luar biasa
12:14diperolehi oleh
12:15Nurul Izzah
12:16berbanding dengan
12:18penyandang
12:19itu memberikan
12:20satu isyarat
12:20mesej yang berbeza
12:22seolah-olah
12:23dianggap
12:24Nurul Izzah ini
12:25mampu untuk
12:26mengetuai
12:26dalam peliharaan yang akan datang
12:28sudah diuji
12:29kita tidak boleh kata
12:30Nurul Izzah ini
12:32tidak pernah
12:33melalui cabaran
12:34ketika berumur
12:3518 tahun
12:35sudah mengenal
12:37asam garam politik
12:38bagaimana
12:38peristiwa pemencatan
12:39Datuk Syedat Ibrahim
12:40kemudian melihat
12:42dirinya sebagai
12:43salah seorang pengasas
12:44pelopor dalam parti
12:46walaupun ramai
12:47yang katakan
12:48nepotisma dan sebagainya
12:49kalau nakkan jawatan
12:50sudah ditatah
12:51dalam dulang
12:52emas
12:53beberapa tahun yang lepas
12:54tapi
12:55melalui proses tersebut
12:56dan saya percaya
12:57beliau mempunyai kemampuan
12:59padangkali ini juga
13:00akan membuka jalan
13:01kepada
13:01lahirnya seorang
13:02Perdana Menteri Wanita
13:03satu hari nanti
13:04ini juga akan membolehkan
13:06beliau mempunyai
13:07telapak
13:07platform tertentu
13:09untuk
13:09diangkat
13:11dalam konteks
13:13bersama
13:13dengan Presiden Parti
13:15kerana saya tahu
13:15beliau mampu
13:16untuk membezakan
13:17hal kekeluargaan
13:19dan juga hal parti
13:20walaupun
13:21ada sebagian
13:22yang tidak bersetuju
13:22tapi saya percaya
13:23daripada tindak tanduknya
13:25maklum balas yang diberikan
13:27pendekatan yang beliau ambil
13:28dengan pendekatan
13:29pelbagai dimensi
13:30ke atas soal kemiskinan
13:31soal pendidikan
13:31soal wanita
13:32soal kesejahteraan
13:34beliau mampu
13:35untuk memuduhi
13:35itu tidak bermakna
13:37kita boleh pinggirkan Rafi Zee
13:39bagi saya
13:40kelihatan
13:42Nur Izzah
13:43mendalui
13:44tetapi
13:45dalam konteks yang sama
13:46Rafi Zee
13:47tidak boleh dipinggirkan
13:48beliau juga
13:49boleh terus menyumbang
13:51dalam konteks
13:52usaha untuk merapatkan
13:53saf dan juga barisan
13:54parti PKR
13:56harus berhati-hati
13:57dengan apa yang telah
13:58dilalui oleh
13:59pelbagai parti
14:00apa akan berlaku
14:01selepas pemilihan
14:02katakan Nur Izzah yang menang
14:03jadi bagaimana nak pastikan
14:05kelompok yang menyokong
14:07Rafi Zee ini
14:08tidak keluar beramai-ramai
14:09daripada parti
14:09satu
14:10kedua
14:11kita juga lihat
14:12ada beberapa
14:13anggota kabinet
14:14turut menyokong
14:16Nur Izzah
14:16ada juga yang menyokong
14:18Rafi Zee
14:18Rafi Zee menyatakan
14:20kalau kalah
14:20dia akan keluar
14:21daripada kabinet
14:22bermakna
14:23apakah itu juga
14:24isyarat yang cuba
14:26disampaikan kepada
14:27mereka yang bersama
14:28dengan beliau
14:28dalam kabinet
14:29jadi jika itu berlaku
14:31apakah perpecahan
14:33akan membesar
14:33dalam PKR
14:34apakah
14:35akan dilakukan
14:36oleh PKR
14:37untuk mastikan
14:38mereka-mereka yang
14:39bersama dengan Rafi Zee
14:40jika Rafi Zee
14:42tewas
14:42kedudukan yang bagaimanakah
14:45yang boleh dilakukan
14:46untuk memujuk
14:47pastikan bahawa
14:48parti lebih penting
14:50daripada personality
14:50Nur Izzah
14:52saya percaya
14:52mampu untuk
14:54mengetuai
14:54beliau pernah
14:55diuji
14:56pernah lalui
14:57pelbagai
14:58ujian sebelum ini
15:00dalam konteks ini
15:02yang diperlukan
15:03adalah sokongan
15:04secara berterusan
15:05sebab itu
15:05konsep yang dibawa
15:06itu damai
15:07pada peringkat
15:09akar umbi
15:09dirasakan
15:10akar umbi ini
15:11mampu untuk
15:12diubah
15:13suai
15:14walaupun dalam
15:14konteks siasah
15:16berpegang kepada
15:17idealisme perjuangan
15:18parti
15:18bagaimana untuk
15:19mengemudi parti
15:20untuk kekal
15:21signifikan dan juga
15:23relevan
15:23dalam konteks
15:24yang sedang
15:25berlaku
15:26perubahan
15:27perubahan
15:28kedinamikan
15:29politik
15:30yang boleh kita
15:31lihat
15:31tidak lagi sama
15:33statik seperti dulu
15:34baik Datuk
15:35lepas ini kita nak
15:35sambung lagi
15:36perbincangan
15:36kita nak berhenti
15:37rehat seketika
15:37lepas ini kita nak
15:38cakap lagi
15:39tadi Datuk menyebut
15:40mengenai merit
15:41antara kedua-dua
15:42calon yang akan
15:42bertanding
15:43untuk timbalan
15:43presiden ini
15:44tapi saya nak
15:44berbalik juga kepada
15:45pemahaman masyarakat
15:46dan juga peringkat
15:46akar umbi
15:47yang melihat ini
15:48sebagai satu
15:48unsur nepotism
15:50yang berlaku
15:51dalam PKR
15:51pada ketika ini
15:52namun itu
15:53kita akan sambung
15:53sebentar lagi
15:54kita berhenti
15:54datuk ketika
15:55bertemu semula
15:56selepas ini
15:56Masih bersama saya
16:11Syaf Syukri
16:11dan kita bercakap
16:12dan kita memberi
16:13analisis
16:14mengenai
16:15pemilihan PKR
16:16bagaimana
16:16pemilihan ini
16:17boleh mampu
16:18membina
16:19corak percaturan
16:20PKR
16:21untuk menempuh
16:22PRU
16:22yang ke-16
16:23akan datang
16:24dan saya masih
16:25bersama dengan
16:25Profesor Dato' Dr. Siva
16:27Murgen Pandian
16:27penganalisis politik
16:28Dato' kita bercakap
16:30tadi Dato' kita
16:31mengakhiri perbualan
16:31sebelum kita berhenti
16:32rehas ketika
16:33kita bercakap
16:33mengenai merit
16:34kedua calon
16:35yang ditampilkan
16:36untuk jawatan
16:37timbalan presiden
16:38kita tahu Nurul Izzah
16:39mendapat sokongan
16:40padu daripada
16:41cabang PKR
16:42sebelum ini beberapa negeri
16:43mencadangkan beliau
16:44untuk mengisi
16:45kerusi timbalan presiden
16:46bersaing dengan
16:46Dato' Sri Rafi Ziramli
16:47Dato' tapi saya nak
16:48fokus kepada Dato' Sri Rafi Ziramli
16:50ketika ini
16:50sebab kita tahu ya
16:51Dato' Sri Rafi Ziramli
16:52sebelum ini kita
16:53posisikan beliau
16:54sebagai
16:54arkitek data
16:56dan juga orang kuat
16:57yang mengatur strategi PKR
16:59dalam pilihan raya
17:00sebelum ini
17:00jadi namun
17:01selepas beliau
17:02kembali aktif
17:03dalam kerajaan
17:04mungkin pengaruhnya
17:05mungkin tidak setara
17:06dengan sebelum
17:07beliau menjadi
17:07menteri terdahulu
17:09jadi Dato' merasakan
17:10apakah aspirasi
17:11dan apakah benar-benar
17:13Rafi Zizi ini
17:13mampu untuk
17:14membawa PKR
17:15membelah arus
17:16untuk bersedia
17:17menghadapi PRU 16
17:19nanti datang
17:19ini kita berbalik
17:20kepada personaliti Dato'
17:21kita tidak boleh
17:22menolak
17:23kedudukan ketokohan
17:25Rafi Zizi
17:26sebagai seorang
17:27yang pintar
17:28dalam konteks berpolitik
17:29politik kita adalah
17:31politik yang
17:32punya seni
17:33berkemungkinan
17:35yang bersifat pelbagai
17:37politik angka
17:38dan tidak ada musuh
17:40ataupun lawan
17:40yang tetap hanya kepentingan
17:41itu tiga perkara
17:42yang harus kita lihat
17:43bila kita mengalusi
17:43politik Malaysia
17:44jadi kalau kita katakan
17:46kedudukan Rafi Zizi
17:47persejarahan
17:48dan juga dari sudut
17:49sumbangan
17:50tidak boleh kita tolak
17:51sama sekali
17:52apa yang berlaku pada
17:53tahun 2018
17:54salah satu puncanya
17:55adalah bagaimana beliau
17:56bermain dengan persepsi
17:58emosi sentimen
17:59dalam mempengaruhi
18:00pengundi
18:00khususnya pengundi atas pagar
18:02untuk keluar
18:02dan juga berpihak
18:04kepada Pakatan Harapan
18:05dan itu juga
18:06telah dilakukan oleh
18:07Nurul Izzah
18:07ketika itu
18:08juga menjadi
18:09jendera
18:09ke atas
18:10kedudukan
18:11pilihan raya
18:12bagi parti
18:14PKR
18:15kedua-duanya
18:16ada sumbangan mereka
18:17jadi dalam konteks
18:18Rafi Zizi
18:19sudah pasti beliau
18:19menggunakan data
18:20dan juga
18:21mungkin cuba
18:23untuk cerakin
18:24apa yang berlaku
18:26di peringkat bawahan
18:27di bawah dalam
18:28peringkat parti
18:29tetapi
18:30sebaik dalam kerajaan
18:33selama hampir
18:3430 bulan ini
18:35kita lihat
18:37kerap
18:38persoalan timbul
18:40kenapa
18:41apa yang disuarakan
18:43sebelum
18:44dan juga
18:44dalam kerajaan
18:45tidak dilakukan
18:46maka
18:47pentas
18:48pemilihan ini
18:49telah digunakan
18:49oleh Datuk Sri Rafi Zizi
18:50untuk meluangkan
18:52perasaan
18:52apa yang tidak mampu
18:53dilakukan selama
18:5426 bulan
18:55kelemahan dalam parti
18:57dilondekkan secara terbuka
18:58menggunakan
19:00seni silat
19:01yang terbuka
19:02yang ada kalanya
19:03dianggap
19:04menyanggahi
19:05budaya politik
19:06dalam konteks
19:07persekitaran
19:08demografi-geografi
19:09tanah air kita
19:10tetapi luahan itu
19:12sebenarnya
19:12menjurus kepada
19:14bagaimana
19:15permusuhan dalam parti
19:16itu semakin membesar
19:17ke atas beliau
19:18kedua
19:19itu juga menunjukkan
19:20apakah
19:21wujud kelemahan
19:22dalam data
19:23yang telah beliau tunjukkan
19:24ataupun beliau
19:25memerlukan
19:26lebih lama lagi
19:27masa
19:28untuk
19:28merealisasikan
19:30paparan
19:30ke atas data itu
19:32dalam bentuk pelaksanaan
19:33tapi dalam konteks
19:34negara kita
19:35apabila sesuatu itu
19:36diperkatakan
19:37kita nak lihat
19:38hasil itu bersifat
19:39instant
19:39segera
19:40betul
19:40bila itu tidak dilakukan
19:41maka
19:42tangan
19:44itu
19:45menoleh kepada beliau
19:47perlu bertanggungjawab
19:48tapi
19:49banyak perkara
19:50yang telah dilihat
19:51kepada personaliti beliau
19:52apabila
19:53bersifat emosi
19:54apabila
19:55menunjukkan
19:58wujudnya kelemahan
19:59dalam parti
19:59sudah pasti
20:00ada sebahagian
20:01yang akan menyoal
20:02apakah ini
20:03pemimpin
20:04yang akan boleh
20:05membawa
20:07kepada satu masa depan
20:08yang lebih baik
20:09ataupun
20:10perlu ada pengganti
20:11dalam konteks
20:12Rafi Ziramli
20:13saya melihat
20:13sebagai penyandang
20:14beliau
20:15ada kelayakan
20:16untuk terus
20:18mempertahankan jawatan
20:19sama ada
20:19kalah atau menang
20:20tetapi
20:21mungkin
20:23ramai yang mahu
20:25melihat
20:25ini ruang
20:27untuk
20:27mengeluarkan beliau
20:28daripada parti
20:29dan membuka ruang
20:30kepada calon lain
20:31dan jawatan ini
20:33bukannya bersifat
20:34tetap
20:35ia bersifat sementara
20:36dalam pemilihan
20:36akan datang juga
20:37sesiapa yang akan menang
20:38juga perlu berhadapan
20:40dengan suasana
20:40seperti ini
20:41jadi bagi saya
20:42dalam konteks ini
20:43saya lihat
20:44Rafi Zee ada
20:45kekuatannya
20:46tetapi
20:47apabila
20:49pentas-pentas
20:50di setiap
20:50zone ini
20:51banyak digunakan
20:52ruang
20:53akses peluang
20:54untuk
20:54membawa nama-nama
20:56tertentu
20:56daripada parti
20:57kemudian
20:58menonjulkan
20:59kelemahan yang wujud
21:00sudah pasti
21:02akan ada yang
21:03tidak puas hati
21:04dengan suara tersebut
21:05Ilwa memang seronok
21:06popular
21:07sebagai figura
21:08yang
21:09dalam halayat ramai
21:10suka mendengar
21:12apa yang cuba
21:13beliau
21:14sampaikan
21:15mengikut
21:15kepentahan
21:16beliau
21:17tetapi
21:18dalam konteks
21:18parti
21:19apakah
21:19parti bersedia
21:20untuk
21:21melihat
21:22pemimpin yang
21:23keterbukaan
21:24ini
21:25mampu
21:26untuk melengkapi
21:27kedudukan presiden
21:28apakah
21:28komunikasi
21:29seperti ini
21:30boleh
21:31merapatkan
21:32jurang
21:34dalam
21:34kepimpinan
21:37bergenerasi
21:38dan juga
21:38ekspektasi
21:39yang semakin
21:40membesar
21:40dalam parti
21:41ataupun
21:42memerlukan
21:43seorang lagi
21:44pemimpin
21:44yang
21:45dirasakan
21:46mampu
21:47untuk
21:48merapatkan
21:49jurang
21:49generasi
21:50dalam parti
21:51dan juga
21:52memenuhi
21:53aspirasi
21:54ekspektasi
21:55harapan
21:55baru
21:56berteraskan
21:57kepada
21:57reformasi
21:58yang dibawa
21:5825 tahun
21:59lepas
22:00Nurul Izzah
22:02ataupun Rafizi
22:02Ramli
22:03siapa saja yang
22:03menang
22:04pasti memikul
22:04satu tanggungjawab
22:05besar
22:05ini bukan
22:06medan permainan
22:06ini adalah
22:07medan untuk
22:07bertempur
22:08menghadapi
22:09PRU 16
22:09dan Dato' kita
22:10lihat juga dengan
22:11suasana politik
22:12Malaysia ketika ini
22:13dengan adanya
22:14parti seperti
22:15Perikatan Nasional
22:15PN
22:16yang berjaya
22:17mungkin
22:17lebih dekat
22:19dengan
22:19masyarakat muda
22:21khususnya
22:21anak-anak muda
22:22dan juga pengundi
22:22di atas pagar
22:23ketika ini
22:24jadi bagaimana
22:25strategi yang perlu
22:27diperkukuhkan oleh
22:28timbalan presiden
22:29yang baru yang akan
22:29datang ini
22:30perlu untuk
22:31memastikan
22:31sokongan kepada
22:33PKR itu
22:33mungkin tidak
22:35berpecah disebabkan
22:36isu yang berlaku
22:36pada ketika ini
22:37dengan sentimen-sentimen
22:38dan pemahaman
22:39masyarakat terhadap
22:39parti PKR terutama
22:41dalam pemilihan
22:42jawatan timbalan
22:42presiden ini Dato'
22:43saya rasa
22:44calon yang menang
22:45harus pastikan
22:47memahami
22:48persejarahan
22:48politik tanah air
22:49apa yang telah
22:50berlaku dalam
22:51parti-parti politik
22:52yang lain
22:53bagaimana
22:53perpecahan itu
22:54membawa kepada
22:56ruang
22:58dan juga
22:58peluang kepada
22:59yang lain
23:00musuh politik
23:01pesaing politik
23:02mengambil
23:03peluang
23:04daripada
23:05apa yang berlaku
23:06kedua
23:07sudah pasti
23:08pemenang ini
23:09harus boleh
23:10merapatkan barisan
23:11saf itu perlu
23:13diperkukuhkan
23:14perlu berteraskan
23:15kepada
23:16elemen-elemen
23:17idealisme
23:18fahaman
23:19ataupun
23:19kepercayaan
23:20kepada perjuangan
23:21dalam parti
23:21ketiga
23:22bagaimana
23:23mahu
23:24pastikan
23:24ini tidak akan
23:25mengganggu
23:26gugat
23:26kedudukan
23:27PKR
23:28sebagai parti
23:28siasah
23:29yang sedang
23:30mengetuai
23:31kerajaan
23:32bersama
23:32dengan
23:33komponen
23:34parti lain
23:34dalam
23:35kerajaan
23:35perpaduan
23:36jika ini
23:37formula yang
23:37mahu dibawa
23:38ke PRU
23:39ke-16
23:39yang mungkin
23:40juga akan
23:40diuji
23:41paling awal
23:42dalam
23:42pilihan raya
23:43negeri
23:43Sabah
23:44bagaimana
23:44pemenang ini
23:46mampu
23:46untuk menonjulkan
23:48kewibawaan
23:48kemampuan
23:49keupayaan
23:50ketokohan
23:51sebagai
23:52pemimpin
23:53bukan
23:53pelapis
23:54pada masa akan datang
23:55tetapi
23:56pemimpin
23:57hari ini
23:57terima kasih
23:58Dato' Dr. Siva
23:59Murugan Pandian
24:00Profesor Dato' Dr. Siva
24:01Murugan Pandian
24:02penganalisis
24:03politik kita berbual
24:04memberi analisis
24:05yang cukup panjang
24:05mengenai
24:06pemilihan PKR
24:07pada minggu depan
24:08bagaimana
24:08pemilihan ini
24:09mampu mencorak
24:10percaturan
24:11PKR
24:11dalam menuju
24:12ke PRU-16
24:13satu perbincangan
24:14yang cukup komprehensif
24:15terima kasih
24:15sekali lagi Dato'
24:16sudah bersama kami
24:17di Estrawani
24:17dan pastinya
24:18apa saja laporan
24:19mengenai kongres
24:20pemilihan PKR itu
24:21akan terus kami
24:22bawakan di
24:22astrawani.com
24:23dan juga
24:23astrawani
24:24saluran 501
24:25pada minggu depan
24:26khususnya
24:26dan pastinya
24:27selepas ada
24:28keputusan
24:28pemilihan dibuat
24:29siapa timbalan presiden
24:31PKR nanti kita akan
24:32terus mengadakan
24:33lagi analisis
24:33bersama dengan
24:34Profesor Dato' Dr. Siva
24:36Murugan Pandian
24:36untuk kita melihat
24:37masa depan PKR ini
24:38dan untuk kita fahami
24:39bagaimana
24:39pemilihan calon ini
24:40akan mampu
24:41membawa
24:42PKR dalam
24:43membawa
24:45parti itu
24:45bersedia menempuh
24:47PRU yang ke-16
24:48dan terima kasih
24:49sekali lagi Dato'
24:49saya kira sekian
24:50fokus minggu depan
24:51untuk hari ini
24:52saya Syaf Shukri
24:52Assalamualaikum
24:53Salam Hormat
24:54kita jumpa lagi
24:54selamat menikmati
24:55selamat menikmati
24:57selamat menikmati
Comments

Recommended