Syarikat pembuat vaksin, BioNTech menjangkakan penghantaran dua vaksin baharu, khusus untuk subvarian Omicron dapat dilakukan menjelang Oktober ini.
Firma Bioteknologi Jerman itu berkata, setakat ini, 3.6 bilion dos vaksin telah diedarkan di seluruh dunia dan permintaan semakin berkurangan kerana kebanyakan individu di barat sudah menerima tiga atau empat dos.