00:00Kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik tingkat teratas sebuah hotel di Jalan Ampang terbongkar selepas premis itu di Serbu Polis
00:08menerusi Op Tembok pada Sabtu.
00:11Serbuan kira-kira jam 1.50 pagi itu membawa kepada penahanan 16 individu terdiri daripada 14 lelaki dan seorang wanita
00:20warga Cina serta seorang lelaki warga Nepal berusia antara 26 hingga 50 tahun.
00:28Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Fadil Marsus berkata, hasil pemeriksaan mendapati unit kediaman berkenaan dijadikan lokasi kegiatan perjudian ala mini
00:38kasino yang menawarkan permainan poker.
00:41Menurutnya kegiatan perjudian itu dipercayai dijalankan menerusi jemputan dalam kalangan kenalan rapat dan hanya melibatkan warga Cina.
00:49Kata Fadil, polis turut merampas sebuah meja tujuh kerusi, sekeping kad akses, dua set dadu, sekeping kad pengedar, 214 chip
00:58pelbagai warna bernilai RM5,180, 52 keping daun teruk serta wang tunai RM1,000.
01:06Ujar beliau, kesemua barangan berkenaan dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tersebut.
01:11Kesemua suspek dibawa di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tata Cara Jenayah bagi membantu siasatan.
01:18Kes disiasat mengikut Seksyen 4.1C dan Seksyen 6 dalam Kurungan 1 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 186 Kanun
01:27Keseksaan serta Seksyen 6.1C Akta Imigresin 1959-63.