00:00Rusia dan Ukraine terus berbalas serangan drone berskala besar dengan kedua-dua pihak melaporkan operasi serangan dan pemintasan.
00:07Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu mendakwa dronenya menyerang beberapa sasaran di Ukraine termasuk sebuah loji jana kuasa terma di Kiev.
00:16Moskow mendakwa loji itu membekalkan elektrik kepada kemudahan logistik tentera dan tempat penyimpanan senjata.
00:22Serangan turut didakwa menyasarkan bengkel di Kharkiv yang menghasilkan komponen peralatan ketenteraan Ukraine.
00:28Kementerian itu juga mendakwa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh 604 drone sayap tetap Ukraine.
00:36Sementara itu tentera udara Ukraine melaporkan Rusia melancarkan 134 drone.
00:40Sejak petang Jumaat termasuk 72 drone berkuasa jet.
00:44Menurutnya sebanyak 105 drone berkenaan berjaya ditembak jatuh atau dilumpuhkan sekat jam 8.30 pagi Sabtu waktu tempatan.
00:59adalah pantas Operationsige yang menghasilkan hubetan ditembak yang tersebut kita berpikir.
01:03Terima kasih kerana menonton!
Comments