Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Myanmar dilaporkan mula membebaskan etnik Rakhine yang dihantar pulang dari Malaysia selepas Kuala Lumpur meminta penjelasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa tentera Myanmar dilaporkan mula membebaskan etnik Rakhine yang ditahan selepas dihantar pulang dari Malaysia.
00:07Pembebasan itu menyusul langkah Kuala Lumpur meminta penjelasan berhubung laporan penahanan mereka.
00:14Menurut laporan The Irawadi pada 29 Oktober, tahanan yang memiliki dokumen pengenalan diri dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
00:23Laporan itu memetik persatuan Kami Youth Unity serta keterangan individu yang telah dibebaskan.
00:29Bagaimanapun, jumlah keseluruhan yang dibebaskan tidak dinyatakan.
00:32Lebih 400 etnik Rakhine dilaporkan antara hampir 1,500 warga Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia pada akhir September.
00:42Mereka dilaporkan ditahan untuk disoal siasat di kemudahan tentera di Tan Lin dan Hilang Tayah yang gone ketika individu lain
00:49dibenarkan pulang sebaik tiba.
00:51Menteri Luar, Datuk Sri Muhammad Hassan sebelum ini memaklumkan Malaysia akan meminta penjelasan Myanmar berhubung dawaan kira-kira 300 individu
00:59yang dihantar pulang masih ditahan.
01:01Beliau berkata penghantaran pulang itu dilakukan secara sukarela dan Myanmar telah memberikan jaminan keselamatan kepada individu terbabit.
01:08Bagaimanapun, PBB dan Kumpulan Hak Asasi Manusia memberi amaran bahawa konflik di Myanmar masih tidak menjamin kepulangan yang selamat.
Comments

Recommended