00:00Empat sukarelawan menamatkan misi simulasi kehidupan di Marikh selepas menghabiskan 378 hari di dalam habitat khas NASA di Houston, Amerika
00:10Syarikat.
00:11Ross Elder, Alan Ellis, James Spicer dan Matthew Montgomery keluar dari habitat itu pada Sabtu selepas tinggal di situ sejak
00:19Oktober 2025.
00:22Mereka menyertai misi kedua, program syarikat NASA yang mengkaji kesihatan dan prestasi kru sebagai persediaan penerokaan manusia kemarikh.
00:31Habitat cetakan tiga dimensi seluas 1,700 kaki persegi di pusat angkasa Johnson itu meniru keadaan yang mungkin dihadapi angkasawan
00:39dalam misi sebenar.
00:41Sepanjang misi, kru menjalankan simulasi aktiviti di luar habitat, menanam tumbuhan, bersenam dan melakukan kerja penyelenggaraan.
00:48Mereka turut berdepan kelewatan komunikasi, sumber terhad serta pengasingan daripada dunia luar.
00:54Komander misi Ross Elder berharap dapatan penyelidikan itu dapat membantu mengurangkan risiko bagi misi manusia kemarikh pada masa hadapan.
01:02NASA memaklumkan data yang dikumpul akan digunakan untuk menambah baik sistem makanan, pengurusan masa kru serta sokongan perubatan dan tingkah
01:09laku bagi misi kebulan dan angkasa lepas jauh.