Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin berkata pemeriksaan awal mendapati kadar voltan elektrik dipercayai digunakan terlalu tinggi sehingga menyebabkan ayam mati serta-merta sebelum melalui proses penyembelihan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Premis yang dipercayai menjadi lokasi penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam tanpa sijil halal sah di Puchong
00:09didapati menggunakan kaedah kejutan rendaman air berarus elektrik dalam proses pengendalian ayam.
00:17Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Maiz, Dato' Salihuddin Saidin berkata,
00:21pemeriksaan awal mendapati kadar voltan elektrik dipercayai digunakan terlalu tinggi
00:27sehingga menyebabkan ayam mati serta-merta sebelum melalui proses penyembelihan.
00:34Kata beliau, sasatan awal mendapati premis itu menggunakan kaedah stunning dan ayam didapati mati sebelum disembelih.
00:43Ujar beliau, ia seolah-olah mereka menyembelih bangkai dan bukan lagi ayam hidup
00:49seperti mana diperlukan mengikut ajaran Islam sebenar.
00:53Keadaan itu menurutnya jelas menimbulkan keraguan terhadap pematuhan hukum syarak dan status halal produk ayam diproses
01:01yang menjadi fokus utama siasatan pihak berkuasa.
01:05Siasatan awal mendapati pusat penyembelihan yang beroperasi dari 2004 itu dipercayai dimiliki individu beragama Islam
01:12dan membekalkan ayam diproses kepada restoran dimiliki umat Islam.
01:16Susulan dapatan itu, Saleh Hudin berkata pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan premis kilang tersebut selama dua minggu
01:23di bawah peruntukan kesihatan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
01:29Beliau menggesa pemilik restoran yang menerima bekalan daripada syarikat itu agar menghentikan penggunaan produk ayamnya serta merta
01:36dan melaporkan sebarang maklumat meragukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor Jais, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim atau Polis.
01:44Terdahulu, Jais merampas lebih 6.5 ton metrik ayam mentah bernilai RM85,400
01:51yang dipercayai diproses tanpa mematuhi kaedah sembelian Islam menerusi Op Star Ring Cila
01:58dalam serbuan di sebuah gudang di Pucong pada 12.40 tengah malam Jumaat.

Recommended