Skip to playerSkip to main content
Mereka berpandangan wakil rakyat perlu sentiasa mendengar aduan serta turun padang menyantuni penduduk, bukannya hanya hadir ketika musim pilihan raya.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:02Pengundi Dewan Undangan Negeri Dun Rembia mahu wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya negeri PRN Melaka kali ini
00:08meneruskan pembangunan sedia ada selain memberi perhatian kepada keperluan penduduk tanpa mengira latar belakang.
00:15Mereka berpandangan usaha membangunkan kawasan tidak seharusnya terhenti selepas pilihan raya
00:20sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan khususnya dalam menangani isu infrastruktur, kebajikan serta peluang ekonomi golongan muda.
00:28Bekas anggota tentera Muhammad Hanafi Muhammad Ibrahim berkata beberapa kemudahan asas termasuk jalan raya, longkang dan saliran air telah ditambah
00:36baik.
00:37Cuma di masa akan datang selepas ini sesiapa sahaja yang dipilih oleh rakyat, oleh masyarakat setempat
00:46maka hendaklah meneruskan perjuangan membangunkan kampung Sungai Petai.
00:52Inilah harapan kami pengundi-pengundi di Sungai Petai.
00:55Kita tak nak hanya janji-janji mana-mana pihak saya tak tumpu siapa, mana-mana pihak yang dipilih oleh rakyat
01:03untuk menjadi adun atau pemerintah di kawasan
01:06maka hendaklah membantu rakyat.
01:09Jangan hari ini kita berjanji ia nak membantu rakyat tapi apabila kita menang besok, muka pun dah tak nampak.
01:15Dia turut berharap lebih banyak peluang diwujudkan untuk golongan muda yang berhijrah ke bandar supaya dapat kembali ke kampung dan
01:23menceburi bidang seperti pertanian serta pentenakan.
01:27Sementara itu, peniaga yang juga sidang kampung Sungai Petai, Sahari Muhammad Isa, berkata usaha membaiki rumah, jalan raya dan sistem
01:34peparitan di kawasan berkenaan wajar diteruskan.
01:37Perhatian juga perlu diberikan kepada golongan muda khususnya lepasan institusi pengajian tinggi dengan menyediakan sokongan bersesuaian bagi membolehkan mereka memulakan
01:45perniagaan atau bekerja sendiri.
01:48Mungkin ada yang nak berjenak-jenak dalam perniagaan. Ada yang nak berjenak-jenak dalam kerja sendiri. Jadi kita kena bantulah
01:55bagi mereka peluang cari jalan.
01:57Jadi kepada wakil-wakil pemuda yang ada ini, ketua-ketua pemuda kita yang ada ini, campurlah, tengok dan dengar pendapat
02:04mereka. Bagi harapan dan kita usahakan sama-sama.
02:07Bagi peniaga kedai makan, Saleha Saleh, dia berharap bantuan golongan warga emas dan orang kurang upaya OKU di Peluas, saya
02:16menyediakan bantuan modal bagi membantu peniaga kecil.
02:19Kenaikan harga barang ketika ini memberi tekanan kepada peniaga kecil apabila kos operasi meningkat.
02:24Sekarang barang-barang pun naik, balang-balang pung, nak minyaga susah.
02:33Modal buat nak pusing-pusing macam tu, bayar gaji yang nak buah sikit, kadang-kadang ada kadang-kadang tidak, macam
02:40itulah.
02:41Dari segi bantuan warga emas, Mak Leha sendiri dah ada terima bantuan warga emas?
02:47Warga emas tak ada, tapi kebajikan dia lah ada.
02:50Itu dah start bila lagi, Mak Leha terima bantuan kebajikan?
02:55Tak, tak potong kaki.
02:58Dun Rembiam menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Aman Akhil, Parti Bersama Malaysia, Azril Aziz, Barisan Nasional, serta Kuzairi Kamal, Pakatan
03:07Harapan.
03:08Terima kasih kerana menonton!

Recommended