Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Senator Dr RA Lingeshwaran akan membangkitkan isu perjawatan dan kenaikan gred Jururawat Masyarakat di Dewan Negara. CUEPACS turut mencadangkan penyeragaman gred daripada U1 kepada U5 dengan tambahan latihan bagi memenuhi keperluan kelayakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Isu perjawatan dan kenaikan grade jururawat masyarakat termasuk lebih seribu individu yang belum menerima pelantikan akan dibawa ke Dewan Negara
00:07mulai 30 November ini.
00:10Sen. Dr. Ra Lingash Warren berkata, langkah itu penting bagi memperkukul kebajikan dan laluan kerjaya jururawat masyarakat seiring sumbangan mereka
00:20kepada perkhidmatan kesihatan negara.
00:23Beliau mencadangkan agar jururawat masyarakat yang memiliki sijil pelajaran Malaysia dan sijil profesional selepas latihan 2 tahun 6 bulan dipertimbangkan
00:31untuk kenaikan daripada grade U1 kepada U3.
00:35Berucap pada Majlis Mahkamah Alam Konvensyen Jururawat Masyarakat Kebangsaan 2026, beliau turut berkata akan membawa cadangan kelonggaran pemakaian kasut sukan
00:44ketika bertugas.
00:45Penggunaan pakaian skrap sebagai alternatif kepada seragam putih sedia ada juga akan dicadangkan untuk pertimbangan.
00:51Sementara itu, Presiden QPEX, Datuk Dr. Adenan Mat menyarankan kerajaan mempertimbangkan penyeragaman grade jururawat masyarakat daripada U1 kepada U5 di
01:00bawah sistem saraan perkhidmatan awam.
01:03Menurutnya, tempoh latihan 2 tahun setengah yang telah dilalui boleh ditambah 6 bulan bagi membolehkan kelayakan mereka distarakan dengan keperluan
01:11grade U5.
01:11Beliau turut menekankan sumbangan jururawat masyarakat yang terus memberikan perkhidmatan terbaik walaupun berdepan kekangan kemudahan dan persekitaran kerja mencabar.

Recommended