00:00Kumpulan Houthi yang berpengkalan di Yaman dan di sokong Iran mengaku bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu ke arah Israel pada selasa malam.
00:09Namun, menurut tentera Israel, serangan itu berjaya dipintas.
00:14Siren amaran serangan udara kedengaran di beberapa kawasan di Israel susulan terjadat itu.
00:19Judit Cakap Tentera Houthi Yahya Saria berkata, kumpulan itu telah melancarkan peluru berpandu balistik hypersonic yang menyasarkan lapangan terbang Ben Gurion perhampiran Tel Aviv.
00:30Serangan ini berlaku hanya seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa Washington akan menghentikan serangan terhadap Houthi.
00:37Langkah itu diambil susulan persetujuan Houthi untuk menghentikan serangan ke atas kapal-kapal Amerika di Laut Merah sebahagian daripada kempen selama 17 bulan yang menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palesti di Gaza.
00:50Namun, Houthi meneruskan pelancaran peluru berpandu dan drone ke arah Israel.
00:54Kebanyakan serangan itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Israel tanpa mengakibatkan kemalangan jiwa atau kerusakan besar.
01:01Israel kini berdepan perang berpanjangan di Gaza selepas serangan mengejut oleh gerakan Hamas ke selatan Israel pada Oktober 2023 yang mencetuskan konflik berskala besar di wilayah perkenaan.
01:12Walaupun Israel telah melumpuhkan beberapa kepimpinan utama dan infrastruktur ketenteraan musuh sejak perang Gaza bermula, keupayaan ketenteraan Houthi dilihat masih kekal kukuh.
Comments