00:00Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar
00:06sebagai timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang Baharu
00:10biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.
00:15Menteri Ekonomi itu berkata biarpun di atas kertas beliau sedang mempertahankan jawatan itu
00:20namun jika Nurul Izzah tewas, perkara itu dikhawatiri akan dijadikan naratif atau polemik
00:25bahawa anggota parti telah menolak Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:31Kalau contohnya, Ezzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat?
00:40Contohnya, mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.
00:49Kalau kalah, jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang.
00:55dia mesti menang.
00:58Sebab kalau kalah itu, kita akan masuk dalam pilihan raya dalam keadaan yang
01:03kita tak boleh gambarkan nak berdepan dengan pembangkang
01:07dan juga polemik politik yang akan ada dalam dan luar kerajaan.
01:13Kerana orang akan kata,
01:16Nurul Izzah kalah bermakna Anwar Ibrahim ditolak oleh parti sendiri.
01:22Undilah Nurul Izzah.
01:23sebab kita tidak boleh ada keputusan yang lain.
01:30Itu yang akan menyebabkan kita dah berada dalam keadaan itu.
01:35Walau macam mana pun pilihan peribadi,
01:37walau macam mana pun orang rasa macam mana,
01:40kita tidak boleh ada keputusan yang berlainan
01:43kerana kalau Nurul Izzah tak menang,
01:45maksudnya anggota parti menolak Anwar Ibrahim.
Comments