00:00Seorang lelaki cedera selepas ditetap menggunakan barang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Seremban pada Isnin Malam.
00:08Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Hatta Cik Din berkata,
00:12ketika kejadian mangsa berusia 40 tahun itu sedang berehat seorang diri sambil merokok di kawasan berkenaan.
00:21Mangsa kemudian dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lelaki dari eskelator aras bawah dengan salah seorang memegang senjata itu.
00:28Kata Muhammad Hatta, mangsa yang tidak sempat mengelak dilibas berkali-kali oleh suspek.
00:33Setelah berjaya bangun, mangsa terus melarikan diri dan diselamatkan rakan yang melihat kejadian.
00:39Mangsa dikejarkan ke hospital untuk bantuan kecemasan setelah mengalami luka pada kedua belah lengan, belakang, serta kaki kanan, namun dilaporkan stabil.
00:49Polis berkata suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan dan menangkap sedang dijalankan.
00:54Polis percaya kejadian membabitkan unsur gangsterisme akibat dendam.
00:59Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
01:02Saksi diminta menghubungi pegawai penyiasat kes di talian tertera atau terus ke balai polis berhampiran.
Comments