00:00Baik bertemu semula, enam termasuk dua kanak-kanak maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada selasa di luar pesisir Mississippi.
00:08Menurut pengawal pantai AS, pasukan penyelam menemui mayat mangsa di dalam pesawat Cessna 210 itu selepas ia terhempas di Teluk,
00:19Meksiko.
00:19Menurut jurucakap pengawal pantai, Juan Rose, terdapat empat dewasa dan dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 8 dan 10
00:28tahun di dalam pesawat tersebut.
00:30Menurut pengawal pantai, Menara Kawalan Trafik Udara Serantau di Mobile, Alabama melaporkan mereka terputus hubungan dengan pesawat itu pada kira
00:39-kira pukul 3.45 petang.
00:41Pasukan penyelamat menjalankan pencarian selama beberapa jam dan pada mulanya hanya menemui tiga jaket keselamatan, sebuah raket penyelamat serta bahagian
00:52kabin pesawat yang terapung di permukaan air.
00:54Dan berdasarkan laman web perjejakan penerbangan FlightAware, pesawat itu sedang dalam perjalanan dari New Orleans menuju ke Fort Mears, Florida.
01:05Pertabiran penerbangan persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
01:13Terima kasih telah menonton!