00:00Baik, seterusnya kerajaan bersetuju mengambil langkah bagi mengekang lambakan barangan murah menerusi platform e-dagang antarabangsa khususnya dari China dengan
00:10mempertimbangkan pengenalan peraturan yang lebih ketat.
00:14Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata persetujuan itu dicapai dalam jemaah menteri susulan kesan lambakan produk asing terhadap ekonomi
00:22makro negara serta kelangsungan syarikat kecil tempatan.
00:28Bagaimanapun beliau menegaskan langkah berkenaan tidak bertujuan menyekat sepenuhnya kemasukan barangan import kerana ia bertentangan dengan dasar perdagangan negara.
00:36Itu menimbulkan permasalahan yang besar. Dari segi konteks ekonomi makro, ini membebankan ekonomi negara.
00:48Saya tidak berasa menyatakan kita mengekang atau menyekat sepenuhnya tetapi apakah kita tidak bertanggungjawab menjaga mutu dan supaya mereka lebih
01:00bertanggungjawab.
01:01Dia terlepas daripada segala pemantauan. Dari segi mutu, dari segi penibuan, dari segi halal, itu hampir tidak ada peraturan.
01:11Jadi sebab itu kita mula sekarang memberikan beberapa persekatan.
01:15Kita akan bagi peluang mereka masuk dengan syarat ada syarat-syarat tempatan yang bersama.
01:31Beliau berkata demikian dalam program Dialog Negara Khas bersama Perdana Menteri di sebarik keputusan pada Rabu.
01:37Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan turut dibangkitkan kepada kepimpinan China semasa beberapa siri lawatan beliau ke negara
01:45berkenaan.
01:46Malah Presiden China Xi Jinping juga memaklumkan kesediaan negara itu untuk membuka ruang bagi meningkatkan barangan ekspor daripada Malaysia.
01:55Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan rakyat agar tidak terpukau dengan tawaran iklan produk yang belum terjamin mutunya.
02:02Ini teori, ini teori lama, klasikal ekonomik. Ini Babylon's conspicuous consumption.
02:09Bukan dia gairah. Dia tengok media, dia tengok propaganda dan iklan.
02:15Dan dia terpukau.
02:17Tapi belum tentu mutu terjamin.
02:20Kadang-kadang dia yang tak perlu pun dia nak beli juga.
02:23Kerana iklan yang berluas.