• 17 minutes ago
Thailand akan memperketat tindakan tegas terhadap penyeludupan dadah, penipuan dalam talian dan jenayah yang melibatkan warga asing di negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Thailand akan memperketat tindakan tegas terhadap penyeludupan dadah, penipuan dalam talian dan jenayah yang melibatkan warga asing di negara itu.
00:09Usaha memperketat penguatkuasaan itu juga melibatkan perniagaan meragukan dengan tumpuan kepada usaha memusnahkan rangkaian penjenayah.
00:18Perdana Menteri Anu Ting Char Virakul mengeluarkan arahan itu ketika taklimat dasar kepada pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis
00:26di Raja Thailand pada Rabu.
00:28Beliau turun menekankan keperluan penguatkuasaan undang-undang secara tegas bagi menjamin keselamatan awam dan negara.
00:35Jurucakap kerajaan berkata kerajaan bersedia menyediakan sumber diperlukan bagi memastikan hasil nyata dalam usaha membanteras pengedaran dadah mengambil kira kesan
00:44penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat, khususnya kanak-kanak dan golongan muda.
00:48Anu Ting terus menggesa polis supaya memanfaatkan sepenuhnya keupayaan penyiasatan mereka untuk membanteras penipuan dalam talian tanpa mengira jenis kesalahan
00:57atau kewarganegaraan individu yang terlibat.
01:00Eka Pak berkata Anu Ting yang juga menteri dalam negeri menggesa penyelarasan lebih erat antara pihak berkuasa pentadbiran dengan polis
01:07di semua peringkat bagi meningkatkan keberkesanan usaha, pencegahan dan bebanterasan jenayah.
01:15Anu Ting terus menggesa polis supaya memperketat kawalan imigresen dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menimbulkan ancaman kepada keselamatan
01:23negara, khususnya di sepanjang sempadan negara itu.
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended