00:00Kerajaan Sarawak akan meneliti maklum balas rakyat yang dikumpul sepanjang jelajah program Sarawak Ku Sayang di 12 bahagian sebagai asas
00:08menilai keberkesanan pelaksanaan dasar sedia ada.
00:12Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara perkara yang mendapat perhatian rakyat termasuk dasar pendidikan, perkhidmatan kesihatan
00:21serta penyampaian perkhidmatan awam.
00:26Jelasnya maklum balas itu akan dinilai bersama pegawai kerajaan sebelum tindakan susulan dirangka bagi memastikan keperluan rakyat terus diberi perhatian.
00:54Kita pun dasar dari tahun 2030. Jadi tahun 2030, PCDS berada dalam keadaan.
01:01Kita pun target GDP adalah RM282 Bilion.
01:06Bila perabuhan yang datang, kita dapat mencapai lebih banyak daripada 282.
01:34Dalam itu, Abang Johari berkata, kesedaran masyarakat terhadap inisiatif pendidikan percuma FTES juga semakin meningkat
01:41sekaligus menunjukkan penerimaan rakyat terhadap dasar berkenaan.
01:46Inisiatif itu memberi peluang kepada anak Sarawak melanjutkan pengajian dalam 64 program pengajian yang ditawarkan.
01:53Sarawakku Sayang yang melabuhkan tirai di Kuching itu menutup jelajah keseluruhan 12 bahagian dengan kerajaan negeri kekal
02:00memberi tumpuan kepada sasaran pembangunan di bawah PCDS 2030.