• 5 minutes ago
Isu penyeludupan dadah melalui kemudahan ketenteraan serta langkah memperkukuh perlindungan kanak-kanak daripada buli siber, eksploitasi seksual dan kandungan berbahaya menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, isu keselamatan negara melibatkan penyeludupan dadah melalui kemudahan ketenteraan dan aspek pelindungan kanak-kanak di ruang digital dijangka menjadi
00:09antara fokus utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:13Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan yang akan bermula pada jam 10 pagi.
00:21Ahli Parlimen Beloran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandi meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan bagaimana sindiket penyeludupan dadah boleh mengeksploitasi kemudahan
00:30penerbangan tentera udara di Raja Malaysia TUDM di Sabah sebagai laluan transik antarabangsa.
00:36Beliau turut mahu kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memperketat kawalan keselamatan aset ketenteraan dan membanteras penyusupan sindiket jenayah
00:45terancang ke dalam institusi pertahanan negara.
00:48Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhammad Yusof meminta Menteri Komunikasi memaklumkan jumlah kes yang direkodkan sepanjang 2026
00:57melibatkan buli saiber, eksploitasi seksual dan penyebaran kandungan berbahaya terhadap kanak-kanak.
01:03Beliau juga mahu penjelasan mengenai keberkesanan kerangka perlisanan platform media sosial yang dilaksanakan sejak 1 Januari 2025 dalam usaha memperkukuh
01:13keselamatan pengguna, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja di Alam Mayah.
01:17Terut membangkitkan isu berkaitan keselamatan digital ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan Hao yang meminta Menteri Komunikasi menyatakan rancangan
01:26kerajaan untuk memperluaskan had umur penggunaan media sosial kepada platform permainan dalam talian.
01:33Menurut beliau, langkah itu perlu dipertimbangkan terutama bagi platform permainan yang mempunyai jumlah pengguna kanak-kanak dan remaja yang tinggi
01:41selaras dengan usaha meningkatkan perlindungan golongan muda daripada risiko penyalahgunaan dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.
01:49Mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-15 berlangsung dari 5 Oktober hingga 8 Disember depan.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended