• 3 minutes ago
Lebih separuh daripada rakyat Korea Selatan yang berusia dalam lingkungan 30-an masih belum berkahwin, dengan kadar itu meningkat hampir empat kali ganda dalam tempoh 25 tahun lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih separuh daripada rakyat Korea Selatan yang berusia dalam lingkungan 30-an masih belum berkahwin.
00:05Dengan kadar itu meningkat hampir 4 kali ganda dalam tempoh 25 tahun lepas.
00:10Memetik data Kementerian Statistik Korea Selatan pada selasa, ini apabila perkahwinan semakin dianggap sebagai satu pilihan dan bukannya keperluan.
00:19Menurut tinjauan sampel banci penduduk dan perumahan yang dikeluarkan oleh Kementerian itu, daripada keseluruhan 44.58 juta penduduk berusia 15
00:29tahun dan ke atas,
00:31seramai 24.36 juta atau 54.7% mempunyai pasangan setakat 1 November 2025.
00:40Peratusan penduduk yang mempunyai pasangan itu menurun sebanyak 1.3 mata peratusan berbanding 5 tahun sebelumnya.
00:47Manakala, peratusan penduduk yang belum berkahwin kekal daripada 31.3% atau 13.88 juta orang.
00:55Dalam kalangan penduduk yang berusia dalam lingkungan 30-an, keadaan individu bujang pada 2025 ialah 53.1%,
01:03meningkat daripada 42.5% yang dicatatkan daripada 2020 dan hampir 4 kali ganda berbanding 13.4% pada 2000.
01:12Mengikut Jantina, 61.1% lelaki dalam lingkungan usia 30-an belum berkahwin pada 2025.
01:19Angka itu lebih 3 kali ganda berbanding 19.2% yang direkodkan 25 tahun lepas.
01:26Manakala, keadaan wanita yang belum berkahwin dalam kumpulan umur sama melonjak daripada 7.5% kepada 44.3% dalam
01:35tempoh yang sama.
01:37Lonjakan keadaan individu yang belum berkahwin dalam lingkungan usia 30-an itu dipengaruhi oleh perubahan sikap masyarakat
01:43yang semakin menganggap perkahwinan sebagai satu pilihan dan bukannya kewajipan.
01:48Tinjawan yang dijalankan setiap 5 tahun melibatkan sampel 20% isi rumah di seluruh negara itu
01:54menilai sikap terhadap perkahwinan dan kelahiran anak pada masa hadapan.

Recommended