• 14 minutes ago
Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam serangan di Negeri Niger, Nigeria. Pihak berkuasa masih menyiasat identiti penyerang dan punca sebenar kejadian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 38 orang dilaporkan maut dalam siri serangan balas yang melanda negeri Niger di Nigeria pada hujung minggu lalu.
00:09Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati serangan itu berlaku di beberapa komuniti sekitar Pekan, Wawa dan Gadaoli dalam kawasan Borgo.
00:20Rakaman dari lokasi menunjukkan rumah-rumah yang hangus terbakar dan kawasan perkuburan baharu bagi mangsa yang terkorban.
00:27Penduduk mendakwa kumpulan penyerang menggunakan senjata api dan parang sebelum bakar bangunan yang masih berpenghuni.
00:34Bagaimanapun, kerajaan negeri maklumkan identiti pihak yang bertanggungjawab masih belum dapat disahkan.
00:39Menurut pihak berkuasa, antara 9 hingga 11 mangsa lain masih menerima rawatan akibat kecereraan yang dialami.
00:47Serangan itu dipercayai tercetus selepas 5 individu termasuk seorang ketua kampung terbunuh dalam serangan berasingan di Luman Ba'are ketika
00:55menunaikan solat pada Sabtu.
00:57Sebuah pertubuhan masyarakat Fulani mendakwa kumpulan bijelanti mungkin terlibat dalam serangan susulan dan menggesa supaya tidak berlaku tindakan balas terhadap
01:07seluruh komuniti etnik.
01:09Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi mengenalpasti dalang serangan dan mengelakkan ketegangan daripada terus merebak.
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:18Terima kasih kerana menonton!

Recommended