00:00Malaysia dan Pakistan komited memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk menerusi kerjasama Tiga Hala dengan Turki, serta meneroka
00:09peluang kolaborasi dalam keselamatan maritim dan usaha membanteras keganasan.
00:15Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat
00:22Ketua Angkatan Pertahanan dan Ketua Staf Tentera Darat Pakistan, Phil Mashal Said Asim Munir.
00:28Beliau berkata pertemuan itu turut membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa.
00:36Ia termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat serta kepentingan menjamin keselamatan maritim global.
00:43Anwar berkata perbincangan itu juga menyentuh keperluan mengutamakan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan di sempadan dengan menghormati kedaulatan
00:52negara dan melindungi orang awam.
00:54Kerjasama erat ini penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama khususnya di rantau ini.
01:01Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Said Asim atas permasyurannya ke Hall of Fame Maktab Turus Angkatan Tentera MTAT
01:09Malaysia.