00:00Malaysia dan Indonesia sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan program Desa Berkembar atau Sister Village bagi memperkukuh pembangunan ekonomi dan keusahawanan luar
00:09bandar di kedua-dua negara.
00:11Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, program itu berpotensi membuka peluang baharu kepada komuniti desa menerusi
00:19perkongsian kepakaran, pembangunan produk dan peluasan pasaran.
00:25Menurut beliau, cadangan itu akan diperincikan dalam pertemuan dua hala bersama Kementerian Desa dan Pembangunan Daerah Tertinggal Indonesia.
00:33Ini sebagai susulan kepada perjanjian kerjasama yang dimeterai di Jakarta pada bulan September lalu.
00:39Program Desa Berkembar dijangka membolehkan komuniti luar bandar kedua-dua negara mewujudkan rangkaian perniagaan, berkongsi pengalaman dan meningkatkan akses kepada
00:48pasaran yang lebih luas.
00:49Jelasnya perbincangan turut menyentuh pengukuhan sektor kooperasi dan perkongsian pengalaman Indonesia melalui inisiatif Badan Usaha Milik Desa atau BUMDAS.
00:58Kedua-dua pihak juga akan meneliti Indeks Desa Indonesia sebagai antara instrumen untuk mengukur tahap pembangunan dan keupayaan berdikari sesebuah
01:06kampung.
01:08Beliau berharap kerjasama strategi itu dapat memperkukuh hubungan dua hala dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di kedua-dua
01:15negara.
01:15Program Desa Berkembar disipatkan sebagai satu langkah baharu dalam memperluas kerjasama pembangunan komuniti di peringkat akar umbi antara Malaysia dan
01:24Indonesia.
01:25Terima kasih.
01:26Terima kasih.
01:27Terima kasih.