• 7 minutes ago
Iran menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sekatan ekonomi dan maritim Amerika Syarikat. Tehran turut menyatakan keselamatan Selat Hormuz boleh dipulihkan sekiranya Washington memenuhi komitmennya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan tidak akan menerima sebarang bentuk tekanan ekonomi atau sekatan maritim yang dikenakan Amerika Syarikat.
00:06Republik itu juga tegaskan ia sedia menggunakan semua saluran yang ada bagi mempertahankan kepentingan negara.
00:15Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baril, pelbagai langkah politik, diplomatik dan pertahanan telah dirancang sebagai tindak balas terhadap tindakan
00:23Washington.
00:23Katanya keselamatan di Selat Hormuz dan rantau Asia Barat boleh dipulihkan dengan segera.
00:28sekiranya Amerika Syarikat memenuhi komitmen yang dipersetujui.
00:32Ismail turut menegaskan bahawa Iran mempunyai hak untuk mempertahankan diri selaras dengan piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,
00:39susulan konflik yang tercetus sejak awal tahun.
00:42Dalam masa sama, beliau mengulangi komitmen Teheran terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear atau NPT.
00:48Bagaimanapun, beliau berkata masih belum ada keputusan mutamat sama ada Iran akan menarik diri daripada perjanjian tersebut.
00:54Kenyataan ini menyusul ketika pelbagai usaha diplomatik sedang dijalankan
00:59untuk meredakan ketegangan yang memberi kesan kepada keselamatan serantau serta pasaran tenaga dunia.
01:04Perhatian kini tertumpu kepada sama ada rundingan yang sedang berlangsung
01:07mampu membuka ruang kepada penyelesaian diplomatik yang lebih menyeluruh.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended