00:00Jerebu berbahaya menyebabkan Lahore, bandar kedua terbesar di Pakistan mencatatkan tahap pencemaran udara tertinggi di dunia pada ahad.
00:08Menurut IQR, bandar berkenaan merekodkan bacaan indeks kualiti udara IPU 289 sekaligus menjadikannya bandar paling tercemar di dunia.
00:20Lahore yang terletak di timur Pakistan berhampiran sempadan India secara konsisten menduduki tangga teratas dalam senarai bandar utama paling tercemar
00:29di dunia
00:29sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Ia susulan jerebu tebal dan berbahaya yang menyelubungi sebahagian wilayah puncak.
00:37Pihak berkuasa menuntut beberapa lebuh raya yang menghubungkan bandar utama akibat jarak penglihatan terhad di beberapa lokasi.
00:45Antara lain melaksanakan langkah menangani jerebu termasuk mengenakan denda terhadap kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan.
00:52Pihak berkuasa Pakistan mengenalpasti pelepasan asap daripada industri, kilang batu-bata dan kenderaan.
00:59Selain itu, pembakaran sisa tanaman serta sampah turut menjadi antara punca utama pencemaran udara dan jerebu di Lahore.
01:07Pakistan menyumbang kurang 1% daripada pelepasan karbon global namun merupakan antara 10 negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.