00:00Rakyat Amerika Syarikat perlu bersedia menghadapi lebih banyak gangguan teknologi apabila syarikat dan agensi kerajaan menaik taraf sistem lama.
00:07Menurut pegawai tertinggi perisikan negara itu, proses naik taraf berkenaan penting bagi meningkatkan prestasi sistem dan keselamatan cyber sesuai perkembangan
00:15teknologi yang semakin membebankan sistem sedia ada.
00:21Kenyataan itu menyusul beberapa gangguan teknologi sepanjang bulan ini termasuk pemberhentian sementara operasi penerbangan di seluruh negara,
00:28gangguan perkhidmatan email Microsoft serta masalah teknikal berlibatkan beberapa bank utama dan rangkaian agensi keselamatan negara.
00:35Ketika ditemukan melalui program ABC This Week, Clayton menegaskan gangguan perkenaan bukan berpunca daripada tindakan terancang atau serangan yang ditaja
00:43negara asing, sebaliknya dikaitkan dengan proses naik taraf teknikal.
00:47Bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara terperinci laporan berasingan mengenai serangan cyber terhadap Biru Penyiasatan Persekutuan FBI dan Jabatan Pertanian selain
00:56memaklumkan perkara itu sedang ditangani mengikut prosedur biasa.
Comments