• 13 minutes ago
Bintang skuasy No. 4 dunia, S. Sivasangari merangkul gelaran Terbuka China, selepas pencabarnya, Satomi Watanabe dari Jepun menarik diri daripada perlawanan akhir yang sepatutnya berlangsung malam ini di Shanghai, China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bintang squash no. 4 dunia Siva Sanggari merangkul gelaran terbuka China selepas pencabarnya Satomi Watanabe dari Jepun menarik diri daripada
00:09perlawanan akhir yang sepatutnya berlangsung pada ahad malam di Shanghai, China.
00:14Ini bermakna beliau diberi kemenangan percuma dan sekaligus mengesahkan gelaran keduanya musim ini selepas menjuarai terbuka Silicon Valley di Redwood
00:24City, California, Amerika Syarikat bulan lalu.
00:29Berdasarkan pengesahan daripada Persatuan Squash Professional PSA, penarikan diri Watanabe yang merupakan pemain no. 7 dunia dan juga pilihan kedua
00:39kejohanan disebabkan masalah kesehatan.
00:41Sementara itu dalam perkongsian di Bina Sosial Instagram, Siva Sanggari menyifatkan ia satu berita sedih dan dia mendoakan Watanabe segera
00:50sembuh.
00:51Menurutnya ini bukan cara untuk memenangi sesebuah kejohanan.
00:54Setakat ini Siva Sanggari telah pun merangkul lima gelaran keseluruhan pada kejohanan berstandard gold termasuk Terbuka Cina, Terbuka Silicon Valley,
01:04Klasik London dan Terbuka Australia.
01:07Kejayaan mendakap gelaran pada Terbuka Cina juga meletakkan Siva Sanggari sebaris dengan jaguh-jaguh Squash Malaysia yang pernah menjuarai kejohanan
01:15itu sebelum ini.
01:17Terbuka Cina

Recommended