00:00Pertubuhan bukan kerajaan NGO dan aktivis iklim kecewa selepas sedang mengucap perubahan iklim,
00:06Corp 31 berakhir tanpa sebarang persetujuan walaupun rundingan berlangsung lebih dua minggu.
00:11Kegagalan mencapai kata sepakat berlaku selepas Kesatuan Eropah dan beberapa negara lain menolak draft akhir
00:17yang dikemukakan oleh Presidensi Corp 31 dari Turki dan Australia.
00:24Ketua Polisi dan Advokasi Global Oxfam, Mariana Paoli menyifatkan Corp 31
00:29sebagai antara sedang iklim paling mengecewakan dalam sejarah.
00:59Beliau turut mengkritik apa yang dianggap sebagai kegagalan kepimpinan,
01:02dalam mengemudi rundingan ke arah persetujuan.
01:06Sementara itu, penyelaras Global Utara Kempen Global menuntut keadilan iklim, Victor Menotti berkata,
01:12proses rundingan perlu terus dipandu oleh negara-negara peserta.
01:16Penganalisis melihat kegagalan Corp 31 sebagai gambaran kesukaran negara-negara dunia
01:21mencapai kata sepakat ketika berdepan cabaran ekonomi, konflik geopolitik dan krisis keselamatan yang semakin meningkat.
01:28Walaupun rundingan dilanjutkan selama dua hari tambahan dan menjadi Corp paling lama dalam sejarah,
01:33perbezaan pandangan mengenai pembiayaan iklim dan masa depan bahan api fosil gagal dirapatkan.
Comments