00:00Pakistan dan Arab Saudi membincangkan perkembangan keselamatan serantau
00:04susulan suangan peluru berbandu yang dilancarkan kumpulan huti ke arah Arab Saudi.
00:09Menurut Kementerian Luar Pakistan, Timbalan Perdana Menteri,
00:11Merangkap Menteri Luar, Isyad Dar, mengadakan perbualan telefon
00:15dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud.
00:21Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu serantau
00:24selain usaha memperkukuh kerjasama diplomatik dan penyelarasan dalam forum pelbagai hala.
00:29Mereka turut menyentuh kemungkinan mengadakan mesyuarat Menteri Luar Arfa dalam masa terdekat.
00:35Arfa merupakan platform kerjasama diplomatik yang beri fokus kepada keamanan,
00:39keselamatan dan pengurangan ketegangan di rantau Asia Barat.
00:42Sebelum ini, Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi memaklumkan pertahanan udaranya
00:46berjaya memintas dan memusnahkan peluru berbandu balistik yang dilancarkan huti dari Yemen.
00:52Insiden itu mencetuskan amaran pertahanan awam di wilayah Mekah
00:55dan berlaku selepas gelombang serangan drone serta peluru berbandu dari hari sebelumnya.
01:01Pakistan sebelum ini secara konsisten mengecam serangan huti terhadap infrastruktur ekonomi dan tenaga Arab Saudi.
01:07Kedua-dua negara bersetuju untuk terus mengekalkan komunikasi rapat
01:11dalam usaha menangani cabaran keselamatan dan memperkukuh kestabilan rantau.
01:15Terima kasih telah menonton!